“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Friday, April 15, 2011

"WHEN?"


"Kak Aini BILA lagi nak mengandung?"..Itulah pertanyaan yang sering kali kali ditanya oleh rakan-rakan sekeliling ketika ini apabila bersembang mengenai anak-anak, cerita mengenai rakan-rakan yang mengandung..Apabila soalan itu ditanya, sebenarnya aku tiada jawapan..Sebab rezeki anak itu semuanya adalah ketentuan Illahi..Memang aku teringin sangat untuk dikurniakan anak yang ketiga kerana anak aku yang kedua kini dah berusia genap 4 tahun pada 20 Mac yang lalu, anak yang petama berusia 6 tahun..Namun rezeki itu semuanya daripada Allah..Memang belum rezeki lagi agaknya untuk aku menimang cahayamata..Tetapi kekadang soalan daripada rakan-rakan menyentuh juga perasaan ini..Jauh disudut hati aku memikirkan..Tidakkah rakan-rakan aku ini memahami bahawa semuanya ketentuan Allah..Janganlah diulang soalan yang sama..Kerana aku pun tak tahu bila aku akan mengandung lagi..Jika ada rezeki lagi selepas ini untuk mengandung, aku akan war-warkan kepada rakan-rakan semua..Tetapi aku harap untuk ketika ini janganlah ditanya BILA?..

Memang tak dinafikan, yelah di tempat aku bekerja ramai staff perempuan, jadinya akan kedengaranlah ramai staff perempuan yang mengandung dalam tempoh masa yang sama..Namun aku tumpang gembira untuk rakan-rakan yang sedang mengandung, yang baru melahirkan anak, juga yang akan mengandung..

Apabila aku terasa sedih akan keadaan ini, aku akan teringatkan pesan sorang rakan ku, "Kak Aini, akak patut bersyukur dengan apa yang akak ada jika nak dibandingkan dengan orang yang langsung tiada anak, yang belum ada rezeki untuk menimang cahayamata. Sekurang-kurangnya akak dah ada 2 orang anak..Ya Allah benar sekali katanya..Aku bersyukur ke Hadrat Mu Illahi kerana mengurniakan aku sepasang cahayamata yang comel, yang sihat, cerdik pulak tu..Alhamdullilah..Mungkin belum masanya lagi, namun aku akan terus berdoa dan mengharapkan rezeki Mu Ya Allah..InsyaAllah..

4 comments:

  1. cetusan hati yg nurani...bersabar la yer...maybe ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  2. Akak, Ainul doakan akak sentiasa..insyaAllah tuhan dah atur yg terbaik utk akak...

    ReplyDelete
  3. kak aini hargai doa dari rakan2 yang sentiasa mendoakan untuk kak aini..memang betul segalanya ketentuan Illahi..mungkin ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete