
Semakin meningkat usia ini..semakin saya memahami apa itu erti persahabatan yang sebenar..adakalanya apabila berkawan kadangkala saya terfikir adakah saya benar-benar mempunyai sahabat sejati atau hanya mempunyai kawan disisi..ada ketikanya apabila saya mempunyai masalah yang benar-benar memerlukan sahabat untuk saya meluahkan perasaan, disitu saya boleh merasakan bahawa selama ini kawan yang saya anggap kawan atau pun kawan yang saya anggap sahabat adalah benar-benar hanya kawan atau benar-benar sahabat saya..
Adakalanya sahabat ini benar-benar sahabat yang membantu kita sewaktu di dalam kesusahan, kepayahan atau kesedihan..tetapi adakalanya sahabat ini juga boleh menjadi racun yang melemahkan kita atau menjadi batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan..
Semakin lama saya berkawan dengan rakan-rakan saya, semakin saya memahami siapakah mereka sebenarnya..dan yang pasti sebenarnya saya mempunyai sahabat yang mendengar isi hati ini di saat susah dan senang saya..InsyaAllah saya akan menjadi sahabat yang terbaik buat rakan-rakan saya yang benar-benar mengganggap saya ini teman sejati..
huhu cedey...jom kita jadi besfwen forver ek??sayang kak aini
ReplyDeleteainul..kak aini pun sayang kat kawan2 kak aini yang benar2 mengganggap kak aini ni sahabat sejati..sayang ainul gak..huhu
ReplyDelete