Mungkin benar pepatah ada menyebut..'jauh di mata dekat di hati'..walaupun berada jauh dari sahabat-sahabat baik yang lain, namun segala kenangan suka dan duka bersama mereka terpahat jauh di sudut hati ini sebagai satu kenangan yang abadi..
Hidup ini indah dan bahagia jika sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang sangat memahami dan menyayangi kita..ditambah pula dengan senda gurau yang sedikit sebanyak membantu menggembirakan dan menceriakan hidup kita..juga ada yang menyebut ketawa gembira juga merupakan satu terapi untuk mengurangkan stress..mungkin ada kebenarannya..
Minggu lepas bersama rakan-rakan yang lain berkumpul di Selatan tanahair untuk perjumpaan yang mungkin boleh dikatakan sebagai yang terakhir kali [harap-harapnya tidak]..kegembiraan yang dipamerkan dengan gelak ketawa hiruk pikuk..dengan lawak yang spontan dan menjadi sehingga membuat kan semuanya ketawa menahan perut..dan ianya terus diingat sehingga ke hari ini..'one step to Singapore..woodlands here we come'..
Mungkin benar kata pepatah..'rakan ketawa mudah dicari namun rakan menangis sukar untuk diperolehi'..tetapi dalam ramai-ramai rakan yang ada itu, akan ada rakan yang benar-benar menjadi sahabat yang setia mendengar segala keluh kesah kita..yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar cerita kita..yang sama-sama merasai gundah gulana kita..namun benar sukar untuk menemui sahabat yang sedemikian..tapi apabila ada nya sahabat sebegitu bersama kita, hilang semua rasa kecewa, hilang semua rasa sedih, hilang semua rasa gundah gulana..yang ada hanya gelak ketawa yang berpanjangan..
Kepada semua sahabat-sahabat yang pernah bersama berjuang dalam kumpulan Pengambilan..saya amat merindui kalian..saya merindui untuk berjumpa, bertanya khabar, mendengar segala cerita gembira juga cerita sedih..saya merindui untuk keluar bersama kalian..sebab segala dilakukan bersama dan seiya sekata..sehinggakan membeli kain pun sampai sama dengan semua..saya ada 3 pasang kain yang dibeli sama dengan sahabat yang lain..bila agaknya kita dapat pakai kain tersebut bersama2 kan..
Saya doakan agar sahabat-sahabat semua sentiasa dalam keadaan ceria, bahagia dan diredhai dalam apa jua yang kalian lakukan..semoga dipermudahkan segala urusan kita..samada urusan ukhrawi mahupun duniawi..semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk melakukan semua tugas yang telah menjadi tanggugjawab dan amanah kita..
Kepada sahabat yang ada 'benchmark' perlu dicapai untuk tahun ini..saya doakan agar kalian tercapai segala hasrat dan impian..tak sabar rasanya nak menantikan berita hari bahagia itu..semoga kita sentiasa mencapai kejayaan..sukses selalu..Amin..
Ingat lagi tak favourite song kita masa jalan-jalan hari tu..miss and luv uolls alots..
Pages
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Tuesday, March 20, 2012
Thursday, March 8, 2012
Saya gembira..'pengalaman menjadi lebih dewasa'..
Alangkah indahnya hidup ini apabila sesuatu perkara yang dilaksanakan itu dapat memberikan satu kepuasan dalam hati dan kegembiraan dalam diri..apabila membuat sesuatu perkara yang disukai itu dengan sepenuh hati ia akan menimbulkan satu perasaan kepuasan dalam hati..
Sebagai seorang pendidik, semestinya hati akan berasa sangat gembira apabila melihat kejayaan pelajar-pelajar yang dididik..melihat pencapaian pelajar di dalam kelas, melihat kepada kesungguhan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu, amat menggembirakan hati seorang pendidik..Alhamdulillah pada sesi kali ini mendapat kelas yang dimana pelajar-pelajarnya sangat bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu..melihat kesungguhan pelajar-pelajar saya rasa sungguh terharu..melihatkan komitmen yang diberikan di dalam kelas, konsentrasi yang ditunjukkan oleh pelajar ketika pembelajaran berlangsung, segala gelak ketawa semua dikongsi bersama..
Terdapat juga pelajar yang memberikan komen ' kami suka belajar dalam kelas puan, sangat happening..langsung tak mengantuk..kelas lama-lama pun takpe'..apabila mendengarkan kata-kata sebegitu, saya rasakan amat terharu dan ianya menggamit memori saya ketika saya mula-mula bergelar pendidik dimana suatu ketika dahulu ianya bukanlah bidang pekerjaan yang menjadi pilihan hati..tahun 2005 bermula episod saya sebagai pendidik yang mendidik pelajar-pelajar bukan dikalangan pelajar sekolah..tetapi pelajar yang telah meninggalkan alam persekolahan..yang ada ketikanya terdapat pelajar yang seusia dan lebih berusia..
Pada mulanya memang amat-amat gugup bercakap di depan..dengan mata-mata yang memandang, dengan tiada langsung pengalaman dalam mendidik..namun tekad hati menghadapi apa jua kemungkinan soalan yang akan diajukan pelajar..setiap hari melakukan ulangkaji, membaca kembali dan mencuba latihan-latihan amali yang akan diajarkan kepada pelajar keesokannya..pernah sekali semasa menjalani latihan praktikum Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) di mana penyelia yang datang memantau pembelajaran berlangsung memberikan komen 'tiada unsur kecindan (humor) dalam sesi pembelajaran'..memang diakui dahulunya agak tegas dengan pelajar..bukannya apa semata-mata untuk memastikan agar pelajar-pelajar mendapat ilmu yang ingin disampaikan..dapatlah kiranya dijadikan amalan agar dapat membantu mereka satu hari nanti untuk meningkatkan taraf hidup mereka mahupun bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang ada..akibatnya hubungan dengan pelajar menjadi kurang mesra..
Namun kini, semasa dalam kelas ada sahaja suasa sentiasa ceria, ada sahaja gelak ketawa pelajar-pelajar yang akan didengari dari luar kelas..dan yang penting pelajar mendapat apa yang ingin disampaikan dan pensyarah puas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..kini mungkin benar kata pepatah " Pengalaman mengajar erti kedewasaan dalam mengahadapi kehidupan-kehidupan seharian..pengalaman yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan tauladan"..namun kini segalanya bertambah baik..dan yang pasti kerjaya ini semakin sayang dan dekat di hati, sebati dengan jiwa..semakin banyak pengalaman yang dilalui, semakin kita akan mengerti dan dapat memahami apa yang terbaik yang dinginkan dalam kehidupan ini..
Hidup ini memang indah apatah lagi jika kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin..dan akhirnya memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata..semoga Allah sentiasa memberkati setiap tugas yang dilakukan bagi memastikan anak-anak bangsa berjaya secara tidak langsung dapat membantu kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara..
Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina..sesungguhnya menuntut ilmu itu tidak akan habis..terpulang kepada diri untuk mencarinya di mana..terima kasih semua..
2. Bekerja hanya untuk Allah..anggap segala tugas dilaksanakan adalah sebagai satu Ibadah
3. Bekerja dengan ikhlas hati, berikanlah yang terbaik
4. Sentiasa bersedia untuk menuntut ilmu bagi menambahkan pengetahuan
5. Hormati orang lain tidak kira dengan siapa kita berurusan..

Tips Hidup Ini Indah :
1. Guru cemerlang, bangsa gemilang2. Bekerja hanya untuk Allah..anggap segala tugas dilaksanakan adalah sebagai satu Ibadah
3. Bekerja dengan ikhlas hati, berikanlah yang terbaik
4. Sentiasa bersedia untuk menuntut ilmu bagi menambahkan pengetahuan
5. Hormati orang lain tidak kira dengan siapa kita berurusan..
Monday, March 5, 2012
Ohh Lelaki..Life Begin At 40's..Sekadar Mitos Atau Benar?..
Mungkin kita semua pernah mendengar samada melalui rakan-rakan di sekeliling kita atau kita sendiri yang mengalaminya apabila lelaki mengatakan "Life Begin At 40's"..benarkah pendapat tersebut..atau hanya mitos yang ingin di diperdengarkan kepada semua..
Kadangkala saya terpikir..apa yang dimaksudkan dengan kehidupan yang baru bermula pada umur 40an..sedangkan permulaan setiap kehidupan bermula sejak dari dalam perut ibu lagi..kehidupan apa yang dimaksudkan..adakah ianya bermaksud kehidupan jiwa?..adakah insan yang bergelar lelaki ini merasakan bahawa mereka kembali muda apabila mencapai umur begini..atau hanya untuk mencuba nasib jika ada yang masih berkenan di hati..atau mungkin hanya untuk 'test market' samada dirinya masih lagi diminati oleh kaum hawa di luar sana..atau mungkin ingin mencari kepuasan diri yang tidak diperolehi pada ketika ini..atau mungkin sebagai cara untuk meluahkan perasaan dengan tujuan untuk beritahu kepada orang lain dengan apa yang mereka sedang rasai..
Ini cuma andaian..bagi saya setiap yang berlaku itu ada sebab disebaliknya..yang mungkin kita sebagai manusia tidak sedar akan sebab musabab tersebut..dan yang pasti hanya lelaki sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati mereka sendiri..dan apa sebenarnya yang mereka inginkan dalam kehidupan yang telah menampakkan angka '4' di depan nombor usianya..
Saya membangkitkan hal ini kerana saya amat tertarik dengan kisah yang dialami oleh rakan saya sendiri..dan rakan ini menceritakan bahawa apa sebenarnya yang mereka rasa yang ketika ini yang berumur awal 40an..mereka menyatakan terasa seperti kembali muda..dimana keinginan dan perasaan juga seperti orang muda..saya memang belum pernah mengalami situasi ini atau mengenali mana-mana insan yang mengalami situasi ini..kisah rakan saya ini amat menarik minat saya untuk lebih mengetahui kisah lelaki disebalik angka 40an ini..
Cuma nasihat saya pada rakan..carilah apa yang sebenarnya mereka ingin cari dalam hidup mereka..apa yang mereka inginkan sebenarnya..tanya pada diri..dan apabila mereka telah tahu apa yang mereka cari..renung-renungkan kembali apa yang mereka telah lalui dan alami sepanjang hidup mereka sehingga berumur 40an ini..bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi sehingga menjangkau umur begini..namun jika mereka menghadapi masalah yang sememangnya bukan berpunca daripada mereka sendiri, maka carilah jalan penyelesaian yang terbaik..dan buatlah keputusan yang terbaik..Allah tidak melarang hambanya kaum lelaki ini untuk berkahwin lebih daripada seorang..tetapi janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab yang telah sedia ada dipikul kerana ini akan memberikan tekanan yang maha hebat terhadap pasangannya samada dari segi lahiriah atau batiniah..
Saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan di luar sana..fikir-fikirkan dan renung-renungkan..apa sebenarnya yang dinginkan dalam hidup ini untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang mungkin kita sendiri tidak tahu di mana kesudahan akhir hidup kita..sekadar satu pengalaman baharu yang dikongsi bersama..
Tips Hidup Ini Indah..
i. Jujur dengan pasangan
ii. Hargai pasangan dengan setiap pengorbanannya
iii. Ikhlas dalam menyayangi pasangan
iv. Berikan yang terbaik untuk membahagiakan pasangan
v. Hormati dan terima pasangan dengan seadanya
Sekadar perkongsian bersama..maaf jika tersilap dalam memberi andaian..juga mungkin ada yang ingin berkongsi pengalaman yang dilalui mengenai perkara ini..saya amat alu-alukan..mungkin daripada pengalaman tersebut kita akan lebih mengenali jiwa kaun adam ini sebenarnya..

Subscribe to:
Posts (Atom)