“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H..

Sebulan Ramadhan telah berlalu, kini Hari Raya Aidilfitri bakal disambut pada 30 Ogos 2011 [Selasa] oleh seluruh umat Islam di dunia..Semoga Hari Raya pada tahun ini memberikan sinar kebahgiaan dan keberkatan kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya..

Hari Raya pada tahun ini merupakan sambutan raya kali kedua tanpa abah disisi bagi meraikan bersama..Terasa seperti ada sesuatu kehilangan yang dirasakan seperti tidak lengkap bagi menyambut Aidilfitri kali ini..Namun persiapan dan keperluan untuk menyambut Aidilfitri kali ini telah lengkap disediakan..Semoga setiap perjalanan untuk meraikan sambutan Hari Raya ini diberkati dan dilindungi Allah dan selamat sampai ke destinasi yang dituju..

Perjalanan raya kali ini agak jauh destinasinya..Bermula dengan beraya di Kodiang, Kedah pada hari raya pertama-kemudian menuju pulang ke Pedas, Rembau Negeri Sembilan pada hari raya kedua-menuju ke Kota Tinggi, Johor hari raya ketiga-menuju ke Tanjung Kupang, Johor pada raya keempat-menuju pulang ke Hometown di Kuala Lumpur pada raya kelima dan akhirnya kembali ke Jitra pada raya yang keenam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya..Mohon Maaf Zahir dan Batin jika terdapat kesilapan sehingga mengguris hati dan perasaan yang membacanya..Memandu dengan berhati-hati semasa pulang berhari raya nanti..



Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa!


Hari ini merupakan sambutan Hari Bapa Sedunia..tidak seperti tahun-tahun yang lepas, bila tiba hari bapa ni mesti ucapkan kat abah..namun tahun ini merupakan tahun pertama tiada ucapan dan hadiah untuk abah tersayang kerana abah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..kalau arwah abah ada mesti abah akan telefon tanya.."Takde hadiah untuk abah ke untuk Hari Bapa ni?"..tulah abah mesti tanya kat anak-anak takde bagi hadiah ke..hehe..masing-masing mesti beli jugak hadiah buat abah walaupun kecik dan murah..Ketiadaan arwah abah memang dirasakan..hilang segala gelak tawa, senda gurau, dan hiruk pikuk semasa arwah abah masih ada..

Namun semua tu hanya tinggal kenangan..kami, mak dan adik-beradik kene teruskan hidup ini walaupun tanpa abah di sisi sebagai pemberi semangat selama ini..tenanglah abah di sana..kami di sini sentiasa mendoakan agar roh abah di tempatkan dikalangan insan-insan yang mukmin..Amin..Al-Fatihah..

Namun ucapan hari bapa ni masih lagi diucapkan untuk suami tersayang..kerana telah menjadi seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab untuk anak-anak dan keluarga..terima kasih untuk segalanya..

Monday, May 9, 2011

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku!..


Semalam 08 Mei 2011 adalah merupakan sambutan Hari Ibu Sedunia..Namun terdapat sumber-sumber yang menyatakan Hari Ibu ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kerana sebab-sebab tertentu..

Hari Ibu ini sebenarnya tidak perlu disambut pada hari tertentu sahaja..Ibu sebenarnya patut diraikan setiap hari kerana dengan adanya ibu maka kita dapat melihat dunia ini, kasih sayang ibu jualah yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini sehingga menjadi insan yang berguna..Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya dengan memberikan segalanya yang terbaik dalam memastikan anak-anak ini mendapat kasih sayang, keperluan, pendidikan dan segalanya dengan cukup dan sempurna..Ibu yang tak henti-henti berdoa setiap hari untuk kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan anak-anaknya..Ada pepatah menyatakan; Seorang ibu mampu menjaga dan menyara anaknya yang ramai..namun seorang anak belum tentu mampu untuk menyara dan memberikan kasih sayang yang sempurna kepada seorang ibunya..Adakah kita tergolong dalam golongan anak yang sedemikian rupa..yang mudah lupa akan pengorbanan dan kasih sayang ibu dalam melahirkan dan membesarkan kita hingga ke hari ini..

Tanyalah dalam diri kita pada hari ini..Adakah ada sedetik masa yang kita pernah mengguris hati dan perasaan ibu..Adakah pernah kita melepaskan kemarahan dan melemparkan kata-kata kesat kepada ibu..Adakah kita pernah menghargai jasa dan pengorbanan ibu..Ibu tak pernah minta semua yang diberikan selama ini untuk dibalas..Namun sebagai anak yang telah dewasa dan berjaya selamilah hati ibu..Bukan wang ringgit,kemewahan yang diminta tetapi ingatan kita terhadap ibu yang sering diharapkan..

Buat Mak..

Kak Lang amat bersyukur kerana dengan adanya mak dan abah dapat kak lang melihat dunia yang fana ini..Dapat kak lang merasai kehidupan ini..Dengan berkat dan doa mak jualah kak lang berjaya hingga ke hari ini..Walaupun kak lang duduk jauh dari mak, kami selalu ingatkan mak..Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan serta kejayaan kami sekeluarga disini mak..Terima kasih atas segalanya..Tak terbalas rasanya pengorbanan mak selama ini membesarkan kami adik-beradik..Walaupun abah dah tiada pergi meninggalkan kita semua buat selamanya, kak lang harap agar mak sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang ini mak..Kak Lang sayang mak!..Walau dimana jua mak berada..