Untuk renungan bersama ......[Sumber dari FB Ustaz Nasir : http://www.facebook.com/ustaznasir]
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.
Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
Pages
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Thursday, January 19, 2012
Sunday, June 19, 2011
Ragam Rakan-Rakan..
Salah satu hobi atau kesukaan yang sukar dibuang adalah suka memerhati dan membaca karektor orang lain..daripada percakapan mereka, pergaulan mereka, tingkah laku mereka seakan-akan dapat mengagak mereka ini adalah jenis yang macamana..bukanlah untuk mencari kelemahan orang lain, tetapi sekadar untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi..
Yang selalu menjadi mangsa adalah rakan-rakan sekeliling..melalui keadaan-keadaan yang berlaku disekeliling, percanggahan, perbalahan, perselisihan, kemarahan, keegoan..semuanya menyebabkan aku lebih mengenai karektor rakan-rakan disekeliling ku..
Pelbagai ragam dan tingkah laku manusia yang dapat ku perhatikan dan dapat ku pelajari..emm entahlah..rakan-rakan ku pun ada yang pelbagai ragam..ada juga yang suka menunjukkan kemarahannya kepada orang lain..ada yang suka menunjuk-nunjuk akan kerja yang dilakukannya..ada juga yang suka mencari salah dan mempertikaian keputusan orang lain..ada juga yang banyak cakap tapi satu kerja pun tak nak bagi komitmen..ada juga yang hanya mendiamkan..ada juga yang suka menyendiri..ada juga yang bercakap tanpa fikir perasaan orang lain..ada juga yang egois..ada juga yang hanya mementingkan diri sahaja..buat kerja untuk kepentingan diri..manusia dijadikan dengan pelbagai ragam kejadian..emm entahlah kawan..daripada ini semua dapat juga mengambil iktibar supaya janganlah diri ini tergolong dalam ragam-ragam sebegini..
Diharapkan supaya diri ini menjadi insan yang disayangi dan dihormati oleh semua orang..walaupun kadang-kala memang kita faham..tidak semua hati yang dapat kita tawan right..ermm..sekadar untuk mengingati diri ini yang hanya insan kerdil lagi lemah..macam-macam ragam..
Yang selalu menjadi mangsa adalah rakan-rakan sekeliling..melalui keadaan-keadaan yang berlaku disekeliling, percanggahan, perbalahan, perselisihan, kemarahan, keegoan..semuanya menyebabkan aku lebih mengenai karektor rakan-rakan disekeliling ku..
Pelbagai ragam dan tingkah laku manusia yang dapat ku perhatikan dan dapat ku pelajari..emm entahlah..rakan-rakan ku pun ada yang pelbagai ragam..ada juga yang suka menunjukkan kemarahannya kepada orang lain..ada yang suka menunjuk-nunjuk akan kerja yang dilakukannya..ada juga yang suka mencari salah dan mempertikaian keputusan orang lain..ada juga yang banyak cakap tapi satu kerja pun tak nak bagi komitmen..ada juga yang hanya mendiamkan..ada juga yang suka menyendiri..ada juga yang bercakap tanpa fikir perasaan orang lain..ada juga yang egois..ada juga yang hanya mementingkan diri sahaja..buat kerja untuk kepentingan diri..manusia dijadikan dengan pelbagai ragam kejadian..emm entahlah kawan..daripada ini semua dapat juga mengambil iktibar supaya janganlah diri ini tergolong dalam ragam-ragam sebegini..
Diharapkan supaya diri ini menjadi insan yang disayangi dan dihormati oleh semua orang..walaupun kadang-kala memang kita faham..tidak semua hati yang dapat kita tawan right..ermm..sekadar untuk mengingati diri ini yang hanya insan kerdil lagi lemah..macam-macam ragam..
Kasih Sayang Anak Kepada Kedua IbuBapanya Yang Telah Tiada
Video ini dikongsikan oleh seorang rakan..yang menceritakan mengenai kesedihan dan kerinduan seorang anak kepada kedua ibubapanya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya..jika dilihat begitu tabah hati anak yang berusia 12 tahun ini menjalani hidup sendirian di sebuah kampung halaman yang terletak di Mongolian..
Walaupun dalam usia yang muda tetapi anak ini seakan mengerti akan kehidupan yang terpaksa dilaluinya tanpa dorongan dan sokongan kedua ibubapanya..jika dilihat orang-orang sekeliling yang melihat akan kedaannya, mendengar akan rintihan hatinya tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir..namun anak ini tetap tabah, menunjukkan ketabahan hatinya dalam mengharungi kehidupan yang belum pasti keadaannya..
Moga-moga anak-anak diluar sana dapat menghayati dan menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibubapa dalam membesarkan anak-anak walau di mana jua mereka berada..yang penting kita yang masih bernyawa ini, hargailah dan sayangilah keluarga dan orang-orang yang menyayangi kita di sekeliling kita ketika ini supaya kita tidak menyesal dan baru hendak menghargai apabila telah kehilangan..
'Belajar menghargai sebelum kehilangan'..
Sedih sangat tengok video nie..huhu..
Saturday, September 8, 2007
Kehidupan dan Pengorbanan
Sekadar kata-kata kehidupan yang tidak tahu di mana akhirnya..
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
*Hidup memerlukan pengorbananan.
*Pengorbanan memerlukan perjuangan.
*Perjuangan memerlukan ketabahan.
*Ketabahan memerlukan keyakinan.
*Keyakinan pula menentukan kejayaan.
*Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
*Hidup memerlukan pengorbananan.
*Pengorbanan memerlukan perjuangan.
*Perjuangan memerlukan ketabahan.
*Ketabahan memerlukan keyakinan.
*Keyakinan pula menentukan kejayaan.
*Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Persaudaraan..
Sekadar Renungan.....
Allah yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia berpuak-puak dan pelbagai bangsa untuk mereka lebih kenal mengenali antara satu sama lain..Sudah menjadi fitrah alam, manusia itu tidak sunyi daripada kehidupan bermasyarakat..Mereka dikelilingi oleh keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai dalam memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan..Persahabatan yang menyebabkan tercetusnya rasa kasih sayang sesama manusia amat dituntut dalam Islam..Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"..InsyaAllah..
Allah yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia berpuak-puak dan pelbagai bangsa untuk mereka lebih kenal mengenali antara satu sama lain..Sudah menjadi fitrah alam, manusia itu tidak sunyi daripada kehidupan bermasyarakat..Mereka dikelilingi oleh keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai dalam memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan..Persahabatan yang menyebabkan tercetusnya rasa kasih sayang sesama manusia amat dituntut dalam Islam..Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"..InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)