“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Saturday, September 8, 2007

Kehidupan dan Pengorbanan

Sekadar kata-kata kehidupan yang tidak tahu di mana akhirnya..

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

*Hidup memerlukan pengorbananan.
*Pengorbanan memerlukan perjuangan.
*Perjuangan memerlukan ketabahan.
*Ketabahan memerlukan keyakinan.
*Keyakinan pula menentukan kejayaan.
*Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Persaudaraan..

Sekadar Renungan.....

Allah yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia berpuak-puak dan pelbagai bangsa untuk mereka lebih kenal mengenali antara satu sama lain..Sudah menjadi fitrah alam, manusia itu tidak sunyi daripada kehidupan bermasyarakat..Mereka dikelilingi oleh keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai dalam memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan..Persahabatan yang menyebabkan tercetusnya rasa kasih sayang sesama manusia amat dituntut dalam Islam..Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"..InsyaAllah..

Friday, September 7, 2007

Salam Ukhuwah

"Dunia ini umpama lautan yg luas..kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"..

Sekadar suatu penceritaan pada kehidupan dan pengalaman yang dilalui dalam hidup seharian..untuk mengingati diri ini insan yang kerdil dibumi Allah..

.....salam ukhuwah.....