“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Friday, January 28, 2011

Kenangan Tahun 2010


Tahun 2010 telah berlalu. Kini bermulanya tahun baru 2011. Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis. Kenangan yang paling memilukan apabila kehilangan arwah abah yang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2010 (Khamis). Pemergian arwah abah meninggalkan satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya doa yang tak putus-putus disampaikan. Setiap kali teringatkan arwah, setiapkali itulah airmata ini akan mengalir dengan derasnya. Terasa ada sedikit ruang kekosongan dalam hati ini dimana yang selalunya diisi dengan gelak tawa abah, gurauan abah, kata2 nasihat semangat yang tak putus2 abah berikan daripada dilahirkan hinggalah dewasa kini..


Buat Arwah Abah,
Terima kasih kak lang ucapkan kerana dengan adanya abah dan mak dapat kak lang melihat dunia ini.. Terima kasih kerana telah membesarkan kak lang dengan sepenuh kasih sayang daripada sekecil tapak tangan hinggalah dewasa dan telah berumahtangga..abah banyak memberikan kak lang semangat, nasihat, dorongan, kekuatan, bantuan dari segala segi yang diperlukan..Tak terbalas rasanya segala pengorbanan abah selama ini dalam membesarkan kami adikberadik..Doa kami semoga roh abah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang mukmin..tenang lah abah di sana..Semoga emak selalu tabah dalam menghadapi apa jua rintangan dan dugaan dalam menempuh hari2 yang mendatang ini..Kak lang sentiasa rindukan abah..Al-Fatihah..