Saya merupakan seorang pendidik yang mengajar dalam bidang Sistem Komputer Dan Rangkaian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra Kedah..Kerjaya saya bermula di sini pada tahun 2005 lagi. Pada masa itu lantikan pertama saya adalah sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mulai tahun 2005 hingga 2007.
Pada 01 Januari 2008 saya telah mendapat lantikan pertama dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH 41 mengajar dalam bidang Rangkaian Komputer. Disamping mengajar saya juga diamanahkan untuk melaksanakan tugas-tugas lain (tugas sampingan) seperti Ketua Penyelaras MQA, Juruaudit Dalaman, Ketua Penyelaras Penyelidikan dan Penerbitan.
Selain mengajar pelajar sepenuh masa, kami juga dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar kursus pendek iaitu terdiri dari komuniti setempat (short course).
Melalui pengalaman ini, pelbagai pengalaman yang telah lalui. Pelbagai rakan, sahabat yang telah saya kenal dan jumpa. Banyak ilmu yang telah diperolehi. Minat dalam bidang ini semakin mendalam. Semoga dipermudahkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada semua. Alhamdulillah rezeki dari Allah..
Ikhlas
Noraini Binti Mohd Banua...
No comments:
Post a Comment