“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Monday, May 9, 2011

Sharing Is Caring!..



Hanging on to bad memories can kill you.
Because they actually destroy your nervous system and
alter your cells.

Scientists have found that if you hold on to negative feelings
and sad emotions or depressing memories there's a
chance that you could reshape the human cell to the point
where your thoughts of the past have a negative impact on
your cells and your physical health..Karim Hajee..

Source From: Prof. Dr. Muhaya (Facebook)..

** Khas ditujukan buat seorang rakan yang sering dihantui oleh kisah silamnya..Hingga menjadikan dia seorang yang hilang fokus dalam kehidupan dan kerjayanya apabila mengenangkan kisahnya yang lalu..Dengan harapan agar rakan ini dapat malupakan kisah lalu yang menghantuinya..Tinggalkanlah semua kisah yang lalu dan mulakanlah kehidupan yang baru yang lebih bermakna..**

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku!..


Semalam 08 Mei 2011 adalah merupakan sambutan Hari Ibu Sedunia..Namun terdapat sumber-sumber yang menyatakan Hari Ibu ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kerana sebab-sebab tertentu..

Hari Ibu ini sebenarnya tidak perlu disambut pada hari tertentu sahaja..Ibu sebenarnya patut diraikan setiap hari kerana dengan adanya ibu maka kita dapat melihat dunia ini, kasih sayang ibu jualah yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini sehingga menjadi insan yang berguna..Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya dengan memberikan segalanya yang terbaik dalam memastikan anak-anak ini mendapat kasih sayang, keperluan, pendidikan dan segalanya dengan cukup dan sempurna..Ibu yang tak henti-henti berdoa setiap hari untuk kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan anak-anaknya..Ada pepatah menyatakan; Seorang ibu mampu menjaga dan menyara anaknya yang ramai..namun seorang anak belum tentu mampu untuk menyara dan memberikan kasih sayang yang sempurna kepada seorang ibunya..Adakah kita tergolong dalam golongan anak yang sedemikian rupa..yang mudah lupa akan pengorbanan dan kasih sayang ibu dalam melahirkan dan membesarkan kita hingga ke hari ini..

Tanyalah dalam diri kita pada hari ini..Adakah ada sedetik masa yang kita pernah mengguris hati dan perasaan ibu..Adakah pernah kita melepaskan kemarahan dan melemparkan kata-kata kesat kepada ibu..Adakah kita pernah menghargai jasa dan pengorbanan ibu..Ibu tak pernah minta semua yang diberikan selama ini untuk dibalas..Namun sebagai anak yang telah dewasa dan berjaya selamilah hati ibu..Bukan wang ringgit,kemewahan yang diminta tetapi ingatan kita terhadap ibu yang sering diharapkan..

Buat Mak..

Kak Lang amat bersyukur kerana dengan adanya mak dan abah dapat kak lang melihat dunia yang fana ini..Dapat kak lang merasai kehidupan ini..Dengan berkat dan doa mak jualah kak lang berjaya hingga ke hari ini..Walaupun kak lang duduk jauh dari mak, kami selalu ingatkan mak..Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan serta kejayaan kami sekeluarga disini mak..Terima kasih atas segalanya..Tak terbalas rasanya pengorbanan mak selama ini membesarkan kami adik-beradik..Walaupun abah dah tiada pergi meninggalkan kita semua buat selamanya, kak lang harap agar mak sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang ini mak..Kak Lang sayang mak!..Walau dimana jua mak berada..

Wednesday, May 4, 2011

Baru Sedikit Ujian!..

Telah seminggu mengalami sakit tekak dan batuk yang berpanjangan..Kata rakanku Ainul 'Tonsil' aku membengkak..Keadaan ini menyebabkan tekak ini terasa amat peritnya dan mengganggu tugas-tugas seharian ku serta mengganggu tidurku..Kata husband ku pula ini baru sedikit nikmat kecil yang telah ditarik..Namun aku redha dengan keadaan ini..Setiap pagi dan malam aku akan mengalami batuk yang kuat sehinggakan suara aku pun hampir-hampir hilang menjadi serak-serak basah..Ada rakanku menyatakan suara begitu seksi sekali..Hahaha..

Jika ini adalah sebahagian daripada ujian Mu Ya Allah..Aku redha menerimanya..Ampuni ku Ya Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan selama hidup di atas mukabumi Mu ini..

Sunday, May 1, 2011

Pada Mu Ku Bersujud


Artis: Afgan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu