“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Friday, May 18, 2012

..Bersama Komuniti..

Sekali lagi saya ditugaskan untuk mengendalikan kursus 'Asas Membina Laman Blog' bagi komuniti setempat..memang telah menjadi tanggungjawab seorang pensyarah di KK untuk mengendalikan kursus bagi komuniti..saya gembira dengan kumpulan ini kerana semuanya menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari sesuatu yang memang baru bagi mereka..kebanyakannnya berniat untuk mewujudkan blog bagi tujuan perniagaan..

Alhamdulillah..saya berharap apa yang disampaikan, apa yang disalurkan kepada mereka dapat memberikan satu manfaat dalam kehidupan mereka pada masa-masa akan datang..secara tidak langsung dengan ilmu ini dapat membantu memajukan lagi dan meningkatkan lagi sosio ekonomi rumahtangga mereka..saya harap peserta-peserta ini akan terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang mereka lakukan selepas ini..InsyaAllah..

p/s : bila mengajar kursus ini secara tak langsung, tambah lagi kenalan saya.. amin..

Wednesday, April 18, 2012

..Saya Semakin Bersemangat..

Jika sebelum ini saya seakan hilang semangat dalam melaksanakan tugas-tugas seharian..ini mungkin proses yang dilalui dalam mengubah cara bekerja daripada seorang yang sangat kuat bekerja dengan tekun kepada seorang yang agak kurang tugasnya..sehingga kini masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dalam keadaan baru ini..inilah akibatnya apabila kita bermula dengan seorang yang kuat bekerja dengan tugas-tugas yang amat banyaknya menjadi seorang yang semakin berkurangan bebanan tugasnya..mungkin sesetengah orang berpendapat ini adalah lebih baik kerana tidak perlu membuat kerja yang banyak..tetapi bagi saya yang telah bermula dengan 'tune' yang memang dibebani tugas yang banyak memang sukar untuk mengubah 'tune' menjadi seorang yang 'so free'..lain orang lain pandangan..lain orang lain cara..

Tapi kini setelah semakin lama, saya mampu untuk terima keadaan ini..saya semakin bersemangat walaupun pada mulanya seperti hampir berputus asa..namun kini semangat tersebut kembali menjelma..dan saya merasakan saya telah mendapat 'tune' kerja yang saya nanti2kan itu setelah beberapa perubahan berlaku..

Ini mungkin kerana saya telah mendapat satu pengalaman/idea/minat yang baru apabila saya kini telah menjinak2kan diri dengan penulisan kajian..yang pada mulanya saya anggap sangat susah untuk melaksanakan kajian..tetapi apabila telah bermula saya seolah-olah mendapat idea yang bertalu-talu untuk melaksanakan beberapa kajian tahun ini..Alhamdulillah..Syukur..

Dan yang penting saya gembira dengan apa yang saya baru ceburi ini..dan sebenarnya saya tidak pernah menjangkakan rupanya perkara yang saya anggap sukar sebelum ini..yang saya anggap 'boleh ke saya buat kajian ni?'..bertukar kepada sesuatu yang rasa agak mudah..walaupun sebenarnya banyak halangannya tetapi saya perlu bulatkan tekad untuk menghasilkan beberapa kajian tahun ini..harap2 dipermudahkan segala urusan..

Saya teringat kepada pepatah Melayu ada menyebut..'belum cuba belum tahu'..'tak kenal maka tak cinta'..'jika kita mengganggap sesuatu itu sukar, maka akan menjadi sukarlah ia..tetapi apabila kita mengganggap sesuatu itu mudah maka akan mudahlah ia'..benarnya di sini..kadangkala kita belum lagi mencuba / melalui sesuatu perkara itu tetapi telah merasakan kesusahannya..ermmm..magik juga ye..sebab kita belum mencuba tetapi telah tahu kepayahannya..ermm itu semua psikologi manusia yang suka membuat andaian2 awal erhadap perkara yang belum lagi kita tahu susah senangnya..

Jadi sekarang saya perlu membuat anjakan paradigma bahawa tiada yang mustahil untuk dilaksanakan jika kita ingin melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh..bulatkan tekad..tanamkan azam..bahawa tiada apa yang tidak dapat dilaksanakan kecuali jika tanpa dengan izin yang Maha ESA..

Harap-harap semangat ini terus berkekalan..terus bersemangat..baru 'happening'..

"When u feel the entire world is against u, there is still a little voice in the back of your head that keeps saying..'U can do it, I know u can!'..that is because u can.."..go forward Aini..

Tuesday, March 20, 2012

..Kenangan Abadi..

Mungkin benar pepatah ada menyebut..'jauh di mata dekat di hati'..walaupun berada jauh dari sahabat-sahabat baik yang lain, namun segala kenangan suka dan duka bersama mereka terpahat jauh di sudut hati ini sebagai satu kenangan yang abadi..

Hidup ini indah dan bahagia jika sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang sangat memahami dan menyayangi kita..ditambah pula dengan senda gurau yang sedikit sebanyak membantu menggembirakan dan menceriakan hidup kita..juga ada yang menyebut ketawa gembira juga merupakan satu terapi untuk mengurangkan stress..mungkin ada kebenarannya..

Minggu lepas bersama rakan-rakan yang lain berkumpul di Selatan tanahair untuk perjumpaan yang mungkin boleh dikatakan sebagai yang terakhir kali [harap-harapnya tidak]..kegembiraan yang dipamerkan dengan gelak ketawa hiruk pikuk..dengan lawak yang spontan dan menjadi sehingga membuat kan semuanya ketawa menahan perut..dan ianya terus diingat sehingga ke hari ini..'one step to Singapore..woodlands here we come'..

Mungkin benar kata pepatah..'rakan ketawa mudah dicari namun rakan menangis sukar untuk diperolehi'..tetapi dalam ramai-ramai rakan yang ada itu, akan ada rakan yang benar-benar menjadi sahabat yang setia mendengar segala keluh kesah kita..yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar cerita kita..yang sama-sama merasai gundah gulana kita..namun benar sukar untuk menemui sahabat yang sedemikian..tapi apabila ada nya sahabat sebegitu bersama kita, hilang semua rasa kecewa, hilang semua rasa sedih, hilang semua rasa gundah gulana..yang ada hanya gelak ketawa yang berpanjangan..

Kepada semua sahabat-sahabat yang pernah bersama berjuang dalam kumpulan Pengambilan..saya amat merindui kalian..saya merindui untuk berjumpa, bertanya khabar, mendengar segala cerita gembira juga cerita sedih..saya merindui untuk keluar bersama kalian..sebab segala dilakukan bersama dan seiya sekata..sehinggakan membeli kain pun sampai sama dengan semua..saya ada 3 pasang kain yang dibeli sama dengan sahabat yang lain..bila agaknya kita dapat pakai kain tersebut bersama2 kan..

Saya doakan agar sahabat-sahabat semua sentiasa dalam keadaan ceria, bahagia dan diredhai dalam apa jua yang kalian lakukan..semoga dipermudahkan segala urusan kita..samada urusan ukhrawi mahupun duniawi..semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk melakukan semua tugas yang telah menjadi tanggugjawab dan amanah kita..

Kepada sahabat yang ada 'benchmark' perlu dicapai untuk tahun ini..saya doakan agar kalian tercapai segala hasrat dan impian..tak sabar rasanya nak menantikan berita hari bahagia itu..semoga kita sentiasa mencapai kejayaan..sukses selalu..Amin..

Ingat lagi tak favourite song kita masa jalan-jalan hari tu..miss and luv uolls alots..

Thursday, March 8, 2012

Saya gembira..'pengalaman menjadi lebih dewasa'..

Alangkah indahnya hidup ini apabila sesuatu perkara yang dilaksanakan itu dapat memberikan satu kepuasan dalam hati dan kegembiraan dalam diri..apabila membuat sesuatu perkara yang disukai itu dengan sepenuh hati ia akan menimbulkan satu perasaan kepuasan dalam hati..

Sebagai seorang pendidik, semestinya hati akan berasa sangat gembira apabila melihat kejayaan pelajar-pelajar yang dididik..melihat pencapaian pelajar di dalam kelas, melihat kepada kesungguhan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu, amat menggembirakan hati seorang pendidik..Alhamdulillah pada sesi kali ini mendapat kelas yang dimana pelajar-pelajarnya sangat bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu..melihat kesungguhan pelajar-pelajar saya rasa sungguh terharu..melihatkan komitmen yang diberikan di dalam kelas, konsentrasi yang ditunjukkan oleh pelajar ketika pembelajaran berlangsung, segala gelak ketawa semua dikongsi bersama..

Terdapat juga pelajar yang memberikan komen ' kami suka belajar dalam kelas puan, sangat happening..langsung tak mengantuk..kelas lama-lama pun takpe'..apabila mendengarkan kata-kata sebegitu, saya rasakan amat terharu dan ianya menggamit memori saya ketika saya mula-mula bergelar pendidik dimana suatu ketika dahulu ianya bukanlah bidang pekerjaan yang menjadi pilihan hati..tahun 2005 bermula episod saya sebagai pendidik yang mendidik pelajar-pelajar bukan dikalangan pelajar sekolah..tetapi pelajar yang telah meninggalkan alam persekolahan..yang ada ketikanya terdapat pelajar yang seusia dan lebih berusia..

Pada mulanya memang amat-amat gugup bercakap di depan..dengan mata-mata yang memandang, dengan tiada langsung pengalaman dalam mendidik..namun tekad hati menghadapi apa jua kemungkinan soalan yang akan diajukan pelajar..setiap hari melakukan ulangkaji, membaca kembali dan mencuba latihan-latihan amali yang akan diajarkan kepada pelajar keesokannya..pernah sekali semasa menjalani latihan praktikum Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) di mana penyelia yang datang memantau pembelajaran berlangsung memberikan komen 'tiada unsur kecindan (humor) dalam sesi pembelajaran'..memang diakui dahulunya agak tegas dengan pelajar..bukannya apa semata-mata untuk memastikan agar pelajar-pelajar mendapat ilmu yang ingin disampaikan..dapatlah kiranya dijadikan amalan agar dapat membantu mereka satu hari nanti untuk meningkatkan taraf hidup mereka mahupun bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang ada..akibatnya hubungan dengan pelajar menjadi kurang mesra..


Namun kini, semasa dalam kelas ada sahaja suasa sentiasa ceria, ada sahaja gelak ketawa pelajar-pelajar yang akan didengari dari luar kelas..dan yang penting pelajar mendapat apa yang ingin disampaikan dan pensyarah puas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..kini mungkin benar kata pepatah " Pengalaman mengajar erti kedewasaan dalam mengahadapi kehidupan-kehidupan seharian..pengalaman yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan tauladan"..namun kini segalanya bertambah baik..dan yang pasti kerjaya ini semakin sayang dan dekat di hati, sebati dengan jiwa..semakin banyak pengalaman yang dilalui, semakin kita akan mengerti dan dapat memahami apa yang terbaik yang dinginkan dalam kehidupan ini..

Hidup ini memang indah apatah lagi jika kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik  mungkin..dan akhirnya memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata..semoga Allah sentiasa memberkati setiap tugas yang dilakukan bagi memastikan anak-anak bangsa berjaya secara tidak langsung dapat membantu kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara..

Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina..sesungguhnya menuntut ilmu itu tidak akan habis..terpulang kepada diri untuk mencarinya di mana..terima kasih semua..


Tips Hidup Ini Indah :
1. Guru cemerlang, bangsa gemilang
2. Bekerja hanya untuk Allah..anggap segala tugas dilaksanakan adalah sebagai satu Ibadah
3. Bekerja dengan ikhlas hati, berikanlah yang terbaik
4. Sentiasa bersedia untuk menuntut ilmu bagi menambahkan pengetahuan
5. Hormati orang lain tidak kira dengan siapa kita berurusan..

Tuesday, September 20, 2011

Dugaan Dalam Hidup...

Hari ini saya melalui satu pengalaman atau keadaan yang dimana saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata..hanya hati dan perasaan ini yang merasainya..namum dihadapan rakan-rakan saya cuba untuk gagahi menunjukkan keadaan saya seperti biasa..namun hakikatnya saya amat sedih dengan keadaan yang berlaku ini..

Mungkin inilah dugaan dalam hidup hari ini yang perlu ditempuhi..dengan beratnya namun harus saya tempuhi jua..sedih, pilu, kecewa, terasa di hati semua ada bercampur baur perasaan tersebut..namun harus ditempuhi jua..mungkin inilah akibatnya apabila kita terlalu mengharapkan sesuatu tetapi apabila tidak diperolehi akan rasa kecewa..mungkin belum rezekinya lagi agaknya..namun yang agak mengecewakan adalah kerana saya telah mencuba sedaya upaya, seusaha yang mungkin dengan harapan untuk mendapatkan ini..

Namun saya harus redha dengan keadaan ini jika memang ini bukan rezeki saya pada kali ini..saya akan cuba usahakan untuk tahun hadapan pula..namun hati ini yang tahu segalanya..jauh di sudut hati ini..sebenarnya hati ini menangis dengan semahu-mahunya..

Saya redha..jodoh, pertemuan, ajal, maut, rezeki, itu semua Allah yang tentukan..saya sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal dengan segala ketentuanNYa..Syukur kehadrat Mu Illahi dengan segala limpah kurniaMu terhadap hambaMu ini..

p/s: Apabila sedang buat kerja-kerja ni..tiba-tiba rasa sedih pulak..apabila melihat rakan-rakan yang lain sedang bertungkus-lumus bersedia..hati ini merasa sedih lagi..


Monday, July 18, 2011

Berakhirnya Satu Episod..

Alhamdulillah..berkat kesabaran dan ketekunan dalam menyiapkan folio..akhirnya berjaya juga menyiapkan folio kenaikan ni dalam masa yang ditetapkan walaupun masanya agak tidak sesuai sebab tersangat sibuk dengan tugas hakiki dan dengan tempoh masa yang terhad..

Lepas ni kene bersedia untuk di validasi pulak..dengar kata lepas raya nanti..tapi belum pasti lagi..cuma memang kene bersedia lebih awal supaya benar-benar bersedia bila time validasi nanti..kategori permohonan yang diminta ni kategori 3 iaitu kategori pengurusan berbanding dengan rakan-rakan lain kategori 1 pensyarah..

Walaupun ramai yang kata kategori 3 ni ramai yang tak berjaya, namun cuba buat yang terbaik..lengkapkan dengan apa yang diminta..moga2 ada kejayaan di akhirnya nanti..InsyaAllah jika ada rezekinya..

Mula2 hanya guna file 45mm tapi last2 kene guna file 65mm..punyalah tebal file nye..kalau ikutkan hati sume nak dihantar untuk semakan panel kesepakaran..sampai kene perli dengan rakan2..tapi xpe moga2 ada keberkatan dan kejayaan diakhirnya..Amin..

Friday, July 15, 2011

Suatu Perjalanan Yang Panjang..


Hari ini genap 10 hari aku berhempas pulas untuk menyiapkan folio untuk permohonan kenaikan pangkat..ianya bukanlah mudah seperti yang disangkakan..adakalanya hampir2 nak mengalah dipertengahan jalan..namun kugagahi jua untuk meneruskan perjuangan ini..
Setakat ini dah hampir 85% siap..hari Ahad ni dah kene submit kat admin untuk disemak semula..aku hanya bertawal kepada Allah selepas semua usaha yang telah aku lakukan selama ini..jika ada rezeki InsyaAllah..namun jika belum rezekinya aku pasrah dengan segala ketentuan..
Banyak yang terpaksa aku korbankan demi untuk menyiapkan folio ini..sebab bagi aku apa yang penting aku akan buat dan beri yang terbaik..itu prinsip aku dalam membuat sesuatu kerja..tidur yang tak menentu, makan pun tak menentu..kadang kala terus hilang selera nak makan..emm semuanya penangan folio nie..tak pernah2 datang ofis waktu malam..tapi punyalah nak menyiapkan folio ni dah berapa kali datang kolej waktu malam..kelakar pun ada..
Tapi yang tak berapa bestnya.. ada rakan yang seakan iri hati bila aku suarakan hendak memohon kenaikan ini..yang seakan nak menjatuhkan pun ada walaupun time2 ni aku memerlukan sokongan dari rakan-rakan jua..emm entahlah..bagi aku semua tu rezeki Allah yang telah ditentukan..aku hanya berusaha+berdoa+bertawakal=InsyaAllah ada kejayaan..
Buat rakan-rakan yang sama-sama memohon kenaikan ini..semoga maju jaya..all the best to uolls..buat amy, amile, en. kiwa, radzuan, aqmam, ros, kak az, kak sue, kak nani, kak ann, salleh, apit and shahreen..gee, ct husoo, wizni, nasrul, padhil..semoga kejayaan bersama kita..Amin.
"Jangan direnung letihnya usaha..tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"..

Friday, June 17, 2011

Mengajar Membina Laman Blog!



Kenangan mengajar membina laman Blog kepada peserta Kursus 1Malaysia daripada Tunjang, Kedah..Seramai 11 peserta yang hadir pada hari ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia pelbagai latar belakang pendidikan..Kursus yang berlangsung selama 1 hari ini diharapkan dapat memberi input pengetahuan tentang tatacara asas membina blog kepada semua peserta di akhir nanti..

Kepada semua peserta..Selamat belajar membuat blog..Kemaskini blog selalu agar tidak lupa dan agar rakan-rakan dapat mengetahui keadaan terkini diri masing-masing..tq

Kepada semua peserta ; nazrul, zul, yana, wan, faeza, najihah, sauffi, syahirah, syahira, ashira, syafiqah..selamat maju jaya..chaiyok2..

** Tq kerana telah menambahkan bilangan followers saya..huhu

Monday, April 25, 2011

Terima Kasih Cikgu!


"Terima kasih cikgu!..cikgu telah mengajar kami daripada kami tak tau gerakkan mouse kami dah pandai gerakkan mouse, dah boleh taip guna keyboard dah pandai guna internet, bukak email dan chatting..Terima kasih cikgu kerana mengajar kami yang tak reti-reti ini dengan sabar"..itulah antara bait-bait perkataan yang diucapkan oleh para peserta yang mengikuti kursus Asas Microsoft Word dan Kursus Asas Internet pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu..

Entah kenapa aku merasakan mengajar kumpulan peserta yang terdiri daripada golongan surirumahtangga daripada felda ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan menyentuh perasaan ini..ini mungkin kerana para peserta ini betul-betul menghargai apa yang aku ajarkan pada mereka..sesungguhnya aku merasakan bahawa ketika mengajar kumpulan ini aku benar-benar memberikan sepenuh komitmen aku pada mereka..aku melayan karenah mereka dengan sabar kerana matlamat aku apabila mereka ini tamat bekursus aku inginkan meraka mendapat ilmu yang dicurahkan..kerana apa yang aku perhatikan mereka ini benar-benar menghayati dan mengikuti apa yang aku ajarkan walaupun kebanyakan mereka lebih berumur daripada aku..

Harapan aku adalah agar mereka ini dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajari dalam membantu melaksanakan tugas-tugas seharian mereka dengan sebaik mungkin..praktikkan kemahiran ini selalu agar tidak mudah lupa dan agar semakin mahir..inilah pesan aku pada mereka..sesungguhnya ucapan akhir yang mereka berikan pada aku di akhir kursus benar-benar menyentuh perasaan ini yang menyebabkan aku mengalirkan air mata tanda kesyukuran dan kepuasan kerana aku telah memberikan sesuatu pengalaman yang baru kepada meraka..Alhamdulilah..