“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Tuesday, April 26, 2011

Kenangan Bersamamu..



Hari ini aku merasai keseronokan apabila buat kesekian kalinya aku bersama tiga lagi sahabat baik dapat meluangkan masa bersama dengan makan tengahari di luar di suatu tempat yang istimewa yang jarang benar kami kunjungi..biasalah selalunya kalau makan kat luar ni kami yang lain hanya menumpang Kak Ana untuk pergi ke mana2 dengan menaiki kereta Alzanya..(Terima kasih Kak Ana)..

Memanglah seronok sambil makan sambil menyembang akan hal2 yang tak dapat kami sembangkan sewaktu bersama di ofis..namun dalam keadaan kegembiraan tersebut sebenarnya jauh di sudut hati kami masing-masing amat teringat sangat dengan seorang lagi sahabat baik kami yang telah kembali kerahmatullah pada 26 Dis 2010 yang lalu arwah Siti Fairuz ketika melahirkan anak yang pertamanya..ini dapat dilihat apabila kami bersembang ada sahaja perkara-perkara yang dibualkan yang mengingatkan kembali sewaktu arwah masih hidup..arwah juga merupakan sebahagian daripada sahabat rapat kami sewaktu di kolej..dimana, kemana sahaja atau apa sahaja yang kami lakukan akan kami lakukan bersama2 arwah..

Sedih juga mengenangkan kembali saat suka dan duka bersamanya..namun kenangan bersama arwah tak dapat dilupakan kerana ianya tersemat jauh disudut hati ini..pasti ada sahaja perkara yang akan membuatkan kami mengingatkanmu Siti.. Siti pergimu telah ditakdirkann oleh Allah SWT..kami redha dengan pemergianmu..kau telah meninggalkan zuriat (Nur Farisya Irdina) yang sungguh comel dan amat mirip seperti rupamu yang menjadi penyambung kepada hubungan kami dengan keluargamu..tenang dan damailah engkau di sana..hanya doa yang mampu kami iringi tatkala mengingati dirimu..semoga roh mu dicucuri rahmat Allah dan di tempatkan di kalangan orang2 yang mukmin..InsyaAllah..Al-Fatihah..

~ A Real Friend Is Hard To Find, Difficult To Leave And Impossible To Forget..~

No comments:

Post a Comment