“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Tuesday, September 11, 2012

Hingga Ke Syurga..

Ermm telah lama tidak menulis di ruangan ini dek kerana kesibukan tugas seharian..apatah lagi setelah mendapat tugasan yang baru..namun ada sesuatu yang ingin dikongsikan disini..satu laluan kehidupan yang sedikit sebanyak menyentuh hati ini..

Tanggal 03 Jun yang lalu, telah kembalinya ayahanda mertua tersayang ke Rahmatullah kerana sakit yang tiba2..memang agak mengejutkan semua orang kerana ayah yang selama ini sihat walafiat telah pergi meninggalkan kami selamanya tanpa sebarang pesan..dan yang paling menyentuh hati apabila mak lah peneman yang paling setia menemani ayah hingga ke akhir hayatnya..ayah sakit tak lama..setelah doktor diagnos ayah mengidap ketumbuhan di dalam perut pada tahap 4, ayah masih lagi menunjukkan muka yang bersahaja..sedikit pun tidak menunjukkan rasa sedih mahupun kecewa dengan kenyataan doktor itu..selang 3 minggu ayah terus pergi meninggalkan alam ini..

Pada petang hari pertama ayah dimasukkan ke wad (umur hidup ayah tak pernah masuk wad), saya menemani ayah kerana mak mengatakan tidak menjangkakan ayah akan ditahan wad..suami ku membawa mak balik kerumah untuk mengambil barang-barang yang perlu termasuk ubat-ubatan mak..semasa saya menemani ayah di wad, saya lihat ayah seakan2 resah gelisah..ayah sering menjenguk ke pintu..kejap2 ayah baring..kejap2 ayah duduk dengan mata menoleh ke pintu..saya bertanya pada ayah..kalau2 ayah nak ke bilik air..atau nak makan atau minum..ayah hanya menyatakan 'mana mak tak sampai2 lagi ni'..ohh terdetik dalam hati saya 'ayah tunggu mak rupanya'..bermula dari saat itu, mak lah yang menjaga ayah di wad setiap hari..bila anak2 nak bergilir menjaga ayah, ayah menyatakan 'takyah ramai2 mak ada'..maknanya memang mak yang ayah perlukan..hinggalah saat ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir, maklah satu2 nya peneman yang menemani ayah dengan mengajar ayah mengucap..hingga mata ayah terpejam buat selamanya..mak menyaksikan segalanya..mak juga peneman ayah hingga ke akhirnya..terdetik dalam hati saya..'teman setia jiwa dan raga hingga ke syurga'..

Memang amat ketara, mak sangat terasa kehilangan ayah..masakan mak tak pernah berpisah dengan ayah walau sedetik pun..ayahlah segala2nya..namun ada satu tabiat ayah yang tak pernah kami anak beranak tahu..ayah suka menulis diari..setiap hari apa yang ayah lakuan, kemana ayah pergi, apa peristiwa yang terjadi, ayah akan catatkan..catatan terakhir ayah..'dimasukkan ke wad buat kali pertama'..selepas itu catatan tersebut terus terhenti setakat itu..namun mak telah menyambungkannya kembali..apabila mak mancatat..'di wad bertemu minggu..kemudian dengan catatan 'telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 8.15 malam..dikebumikan di Masjid Melele..dimandikan oleh anaknya nafis..disembahyangkan oleh anaknya sukemy..ditalkinkan oleh imam masjid Melele sebelum Zuhur'..apabila membaca catatan tersebut tanpa saya sedar terus mengalir airmata ini..mak menyambung catatan perjalanan kehidupan ayah sehingga ke akhirnya..sangat setia mak..ayah amat bertuah kerana anak2 nya semua melaksanakan tanggungjawab menguruskan hal pengebumiannya..pada hari tersebut juga sekumpulan seramai 30 orang pelajar tahfiz membaca 30 juzuk Al-Quran hingga khatam untuk disedekahkan kepada arwah ayah..arwah ayah semasa kehidupannya seorang yang sangat baik merendah diri dan ayah juga terus menunaikan tanggungjawabnya mencari rezeki untuk keluaeganya apabila sehari sebelum ayah dimasukkan ke wad ayah sempat menghabiskan kerjanya dengan menguruskan hal bendang untuk hasil yang terakhir..

Itulah kisah perjalanan kehidupan seorang ayah..walaupun saya baru mengenali ayah selama 8 tahun namun kasih dan sayang pada ayah saya rasakan seperti ayah kandung sendiri..mulia sungguh hati ayah..saya sentiasa merindukan ayah..mak apatah lagi..sebab mak semakin kurus..makan tak lalu..kadang kala mak menangis berterusan apabila terkenangkan arwah..semoga mak tabah dan tenang menghadapi sisa2 kehidupan ini walau pun tanpa ayah disisi..buat arwah ayah..semoga ayah tenang disana ditempatkan dikalangan insan mukmin..Al-Fatihah..

Satu catatan perjalanan yang sangat setia..kalau sekarang ini kita hanya melihat pasangan yang belum berkahwin berjanji akan setia hingga ke ahir hayat..namun terputus dipertengahan jalan..bagi mak dan arwah ayah mungkin tidak pernah berjanji..tapi terus bersama..hingga ke akhirnya..moga hingga ke syurga..