“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Thursday, March 8, 2012

Saya gembira..'pengalaman menjadi lebih dewasa'..

Alangkah indahnya hidup ini apabila sesuatu perkara yang dilaksanakan itu dapat memberikan satu kepuasan dalam hati dan kegembiraan dalam diri..apabila membuat sesuatu perkara yang disukai itu dengan sepenuh hati ia akan menimbulkan satu perasaan kepuasan dalam hati..

Sebagai seorang pendidik, semestinya hati akan berasa sangat gembira apabila melihat kejayaan pelajar-pelajar yang dididik..melihat pencapaian pelajar di dalam kelas, melihat kepada kesungguhan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu, amat menggembirakan hati seorang pendidik..Alhamdulillah pada sesi kali ini mendapat kelas yang dimana pelajar-pelajarnya sangat bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu..melihat kesungguhan pelajar-pelajar saya rasa sungguh terharu..melihatkan komitmen yang diberikan di dalam kelas, konsentrasi yang ditunjukkan oleh pelajar ketika pembelajaran berlangsung, segala gelak ketawa semua dikongsi bersama..

Terdapat juga pelajar yang memberikan komen ' kami suka belajar dalam kelas puan, sangat happening..langsung tak mengantuk..kelas lama-lama pun takpe'..apabila mendengarkan kata-kata sebegitu, saya rasakan amat terharu dan ianya menggamit memori saya ketika saya mula-mula bergelar pendidik dimana suatu ketika dahulu ianya bukanlah bidang pekerjaan yang menjadi pilihan hati..tahun 2005 bermula episod saya sebagai pendidik yang mendidik pelajar-pelajar bukan dikalangan pelajar sekolah..tetapi pelajar yang telah meninggalkan alam persekolahan..yang ada ketikanya terdapat pelajar yang seusia dan lebih berusia..

Pada mulanya memang amat-amat gugup bercakap di depan..dengan mata-mata yang memandang, dengan tiada langsung pengalaman dalam mendidik..namun tekad hati menghadapi apa jua kemungkinan soalan yang akan diajukan pelajar..setiap hari melakukan ulangkaji, membaca kembali dan mencuba latihan-latihan amali yang akan diajarkan kepada pelajar keesokannya..pernah sekali semasa menjalani latihan praktikum Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) di mana penyelia yang datang memantau pembelajaran berlangsung memberikan komen 'tiada unsur kecindan (humor) dalam sesi pembelajaran'..memang diakui dahulunya agak tegas dengan pelajar..bukannya apa semata-mata untuk memastikan agar pelajar-pelajar mendapat ilmu yang ingin disampaikan..dapatlah kiranya dijadikan amalan agar dapat membantu mereka satu hari nanti untuk meningkatkan taraf hidup mereka mahupun bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang ada..akibatnya hubungan dengan pelajar menjadi kurang mesra..


Namun kini, semasa dalam kelas ada sahaja suasa sentiasa ceria, ada sahaja gelak ketawa pelajar-pelajar yang akan didengari dari luar kelas..dan yang penting pelajar mendapat apa yang ingin disampaikan dan pensyarah puas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..kini mungkin benar kata pepatah " Pengalaman mengajar erti kedewasaan dalam mengahadapi kehidupan-kehidupan seharian..pengalaman yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan tauladan"..namun kini segalanya bertambah baik..dan yang pasti kerjaya ini semakin sayang dan dekat di hati, sebati dengan jiwa..semakin banyak pengalaman yang dilalui, semakin kita akan mengerti dan dapat memahami apa yang terbaik yang dinginkan dalam kehidupan ini..

Hidup ini memang indah apatah lagi jika kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik  mungkin..dan akhirnya memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata..semoga Allah sentiasa memberkati setiap tugas yang dilakukan bagi memastikan anak-anak bangsa berjaya secara tidak langsung dapat membantu kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara..

Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina..sesungguhnya menuntut ilmu itu tidak akan habis..terpulang kepada diri untuk mencarinya di mana..terima kasih semua..


Tips Hidup Ini Indah :
1. Guru cemerlang, bangsa gemilang
2. Bekerja hanya untuk Allah..anggap segala tugas dilaksanakan adalah sebagai satu Ibadah
3. Bekerja dengan ikhlas hati, berikanlah yang terbaik
4. Sentiasa bersedia untuk menuntut ilmu bagi menambahkan pengetahuan
5. Hormati orang lain tidak kira dengan siapa kita berurusan..

Monday, March 5, 2012

Ohh Lelaki..Life Begin At 40's..Sekadar Mitos Atau Benar?..

Mungkin kita semua pernah mendengar samada melalui rakan-rakan di sekeliling kita atau kita sendiri yang mengalaminya apabila lelaki mengatakan "Life Begin At 40's"..benarkah pendapat tersebut..atau hanya mitos yang ingin di diperdengarkan kepada semua..

Kadangkala saya terpikir..apa yang dimaksudkan dengan kehidupan yang baru bermula pada umur 40an..sedangkan permulaan setiap kehidupan bermula sejak dari dalam perut ibu lagi..kehidupan apa yang dimaksudkan..adakah ianya bermaksud kehidupan jiwa?..adakah insan yang bergelar lelaki ini merasakan bahawa mereka kembali muda apabila mencapai umur begini..atau hanya untuk mencuba nasib jika ada yang masih berkenan di hati..atau mungkin hanya untuk 'test market' samada dirinya masih lagi diminati oleh kaum hawa di luar sana..atau mungkin ingin mencari kepuasan diri yang tidak diperolehi pada ketika ini..atau mungkin sebagai cara untuk meluahkan perasaan dengan tujuan untuk beritahu kepada orang lain dengan apa yang mereka sedang rasai..

Ini cuma andaian..bagi saya setiap yang berlaku itu ada sebab disebaliknya..yang mungkin kita sebagai manusia tidak sedar akan sebab musabab tersebut..dan yang pasti hanya lelaki sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati mereka sendiri..dan apa sebenarnya yang mereka inginkan dalam kehidupan yang telah menampakkan angka '4' di depan nombor usianya..

Saya membangkitkan hal ini kerana saya amat tertarik dengan kisah yang dialami oleh rakan saya sendiri..dan rakan ini menceritakan bahawa apa sebenarnya yang mereka rasa yang ketika ini yang berumur awal 40an..mereka menyatakan terasa seperti kembali muda..dimana keinginan dan perasaan juga seperti orang muda..saya memang belum pernah mengalami situasi ini atau mengenali mana-mana insan yang mengalami situasi ini..kisah rakan saya ini amat menarik minat saya untuk lebih mengetahui kisah lelaki disebalik angka 40an ini..

Cuma nasihat saya pada rakan..carilah apa yang sebenarnya mereka ingin cari dalam hidup mereka..apa yang mereka inginkan sebenarnya..tanya pada diri..dan apabila mereka telah tahu apa yang mereka cari..renung-renungkan kembali apa yang mereka telah lalui dan alami sepanjang hidup mereka sehingga berumur 40an ini..bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi sehingga menjangkau umur begini..namun jika mereka menghadapi masalah yang sememangnya bukan berpunca daripada mereka sendiri, maka carilah jalan penyelesaian yang terbaik..dan buatlah keputusan yang terbaik..Allah tidak melarang hambanya kaum lelaki ini untuk berkahwin lebih daripada seorang..tetapi janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab yang telah sedia ada dipikul kerana ini akan memberikan tekanan yang maha hebat terhadap pasangannya samada dari segi lahiriah atau batiniah..

Saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan di luar sana..fikir-fikirkan dan renung-renungkan..apa sebenarnya yang dinginkan dalam hidup ini untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang mungkin kita sendiri tidak tahu di mana kesudahan akhir hidup kita..sekadar satu pengalaman baharu yang dikongsi bersama..

Tips Hidup Ini Indah..
i.   Jujur dengan pasangan
ii.  Hargai pasangan dengan setiap pengorbanannya
iii. Ikhlas dalam menyayangi pasangan
iv. Berikan yang terbaik untuk membahagiakan pasangan
v. Hormati dan terima pasangan dengan seadanya

Sekadar perkongsian bersama..maaf jika tersilap dalam memberi andaian..juga mungkin ada yang ingin berkongsi pengalaman yang dilalui mengenai perkara ini..saya amat alu-alukan..mungkin daripada pengalaman tersebut kita akan lebih mengenali jiwa kaun adam ini sebenarnya..

Wednesday, February 29, 2012

..Terima Kasih Atas Segalanya..

Petang tadi bila saya mula mengemas barang-barang di bilik kerana saya perlu berpindah ke tempat duduk lain di kolej..bukan lagi di dalam bilik seorang..dan bukan lagi memegang title pegawai..saya terjumpa planner tahun 2006..saya mula membelek2 planner tersebut untuk mengingat kembali tugas2 yang saya lakukan sepanjang tahun tersebut..ada satu catatan yang menggamit memori saya apabila saya terpandang catatan 'Mula dilantik sebagai Penyelaras Data Dan Rekod Unit Hal Ehwal Pelajar"..air mata saya mula bergenang..bermula detik itulah saya bermula dengan Unit Hal Ehwal Pelajar kemudian pada Julai 2007 saya dilantik menjadi Pegawai Pengambilan..sehingga hari ini 29 Feb 2012 hari terakhir saya menjalankan tugas tersebut..

Saya mula teringat sewaktu mula2 saya menjalankan tugas ini sebagai Pegawai Pengambilan amatlah jerih dan payah dengan title saya sewaktu itu yang belum disahkan jawatan..baru bergelar GSTT [Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah]..saya dimaklumkan ketika itu tiada orang yang sanggup  untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pengambilan..namun saya sahut cabaran untuk menjalankan tugas tersebut..pada mulanya memang agak payah..saya banyak belajar sendiri dengan merujuk buku2 panduan yang digunakan..saya juga merujuk kepada senior2 pengambilan dari kolej lain yang saya kenal..banyak perubahan yang saya lakukan sewaktu bergelar Pegawai Pengambilan..dan yang pasti saya sentiasa belajar dan tidak segan untuk bertanya agar saya mahir dalam bidang tugas ini..

Namun benarlah kata pepatah..'Pengalaman mengajar erti kehidupan juga mematangkan diri ini agar menjadi lebih baik'..setelah hampir 5 tahun saya menjalan tugas ini..banyak yang telah saya pelajari dan yang paling saya terasa diri ini menjadi lebih matang dan lebih yakin berhadapan dengan orang ramai..dan saya menjadi lebih yakin dengan apa yang saya lakukan atau dengan apa yang saya rancang..Alhamdulillah saya bersyukur kerana terpilih untuk lalui dan rasai pengalaman ini..

Saya juga amat berterima kasih kepada semua rakan2 yang sangat banyak membantu dalam saya menjalankan tugas..rakan2 yang memberikan semangat..yang memberi nasihat..juga rakan2 yang mengkritik..semua itu memberikan saya lebih bersemangat dan yakin dalam apa jua yang saya lakukan..

Apabila teringatkan semuanya hati ini cepat benar terasa sayunya..sampaikan hendak mengemas barang pun  menjadi sayu..semua itu akan tinggal kenangan dan terpahat dalam satu memori sepanjang kerjaya saya..kenangan  bersama rakan2 pengambilan dari kolej lain..kumpulan jawatankuasa teknikal pengambilan yang hebat..rakan2 yang sangat mesra dan memahami situasi dan masalah yang dihadapi..sama2 mencari jalan penyelesaian untuk membantu pegawai2 dari semua kolej..semua kenangan itu akan tersemat di lubuk hati ini..

Namun bermula esok 01 Mac 2012 saya mula menjalankan tugas sebagai Pensyarah Kanan..maka bermulalah  episod kehidupan saya sebagai pensyarah sepenuh masa tanpa melakukan tugas2 dibahagian pengurusan..kehidupan perlu diteruskan dengan rasa gembira dan bersyukur..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya dan rakan2 lain mendapat kenaikan pangkat tahun ini..namun terasa sedih juga bila ada rakan2 lain yang tidsak berjaya..saya doakan agar mereka tidak berputus asa dan beroleh kejayaan kelak..semua  itu adalah rezeki  dariNya..InsyaAllah dengan pengalaman yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi jati diri ini..semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan ini..Aminn..terima kasih atas segalanya..

 ~ Cuba sama2 hayati lirik lagu di bawah ini yang mempunyai maksud yang sangat tersurat dan tersirat mengenai perjalanan kehidupan kita ini ~

Artis : Hijjaz
Lagu : Fatamorgana

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 




Wednesday, February 8, 2012

Setiap yang getar dan sabar menahan itu ada ganjaranNya..

Dah hampir 2 minggu berehat dari melakukan sebarang tugas berat..atas arahan Doktor..kebelakangan ini banyak dugaan yang mendatang yang menguji kesabaran dan kekuatan hambaNya ini..kalau diikutkan sedih memang terasa kesedihan yang amat sangat..tetapi semuanya harus diterima dengan hati yang redha dan ikhlas jika ini adalah yang terbaik untuk ku..

Mungkin bukan rezeki ku lagi pada kali ini..mungkin ini juga ujian Allah terhadap diri ini yang mungkin ada ketikanya alpa dan leka untuk mengingati Nya..harus mencari jati diri sebenar untuk perbaiki diri ini menjadi insan yang lebih dirahmati Allah dalam hidup ini..

Pesan Dr. dan rakan-rakan..rehatkan diri..rehatkan minda..dari memikirkan sebarang hal perkara atau kerja..memang agak sukar..kerana fikiran ini sukar untuk direhatkan..pelbagai perkara yang berlegar-legar sentiasa yang harus difikirkan..namun selepas ini harus diingat..kesihatan tetap menjadi keutamaan..

Ku sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik..agar dapat meneruskan hidup ini ke jalan yang diredhai..dan jua dimurahkan rezeki ku di atas mukabumi ini..agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala ujian dan dugaan Mu ini..namun ku bersyukur atas segala kurniaan Illahi..Moga ada ganjarannya suatu hari nanti..Aminn..Alhamdulillah..


Monday, January 23, 2012

Motivational Qoutes..

Salah satu minat saya ialah mencari kata2 motivasi yang menarik sebagai perangsang untuk menjalani kehidupan ini sehari-hari..Ini antara kata2 motivasi yang dikongsikan rakan melalui FB yang dapat dikongsikan bersama..Semoga kita semua akan terus maju kehadapan dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan onak ranjau yang berliku..




Thursday, January 19, 2012

Pramugari Koma Di Tanah Suci..Mesti Baca...Renungan Bersama..

Untuk renungan bersama ......[Sumber dari FB Ustaz Nasir : http://www.facebook.com/ustaznasir]

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.

Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Saturday, January 14, 2012

Tahun Baharu 2012 dan Anak2 Yang Kesekolah..


Tahun Baharu 2012 telah menampakkan dirinya sudah 14 hari..Haii disebabkan kerja yang sangat banyak tak berkesempatan untuk menulis di tahun baharu ini..Namun bila ada kesempatan ini ingin rasanya berkongsi cerita suka dan duka awal tahun ini..

Tahun 2011 yang lalu banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis, gembira dan duka, menangis dan ketawa..peristiwa yang berlaku datang dan pergi..pelbagai kenangan yang akan terpahat di hati sanubari ini..

Namun Tahun 2012 ini telah mengungkap satu perjalanan kehidupan yang semakin bertambah tanggungjawabnya..Tahun ini anak yang sulung Amirul Ashraf telah masuk darjah 1..Haii ditengah kesibukan ibu menguruskan hal-hal kerja berkaitan pengambilan dan pendaftaran pelajar, tugas ibu juga telah bertambah..jika sebelum ini ayah yang sering menghantar dan mengambil anak balik sekolah namun tahun ini ibu yang kene menggalas tanggungjawab tersebut..

Seawal jam 7.00 pagi ibu dah keluar rumah ngan 2 orang anak ibu..mula2 hari pertama sekolah ibu menghantar abang dulu ke sekolah..rupa2nya ibu terpaksa tunggu Amir sampai masuk kelas selepas perhimpunan..pastu baru ibu hantar adik pulak ke sekolah..adik pulak complain masuk sekolah lambat..esoknya ibu hantar adik pulak ke sekolah dulu baru ibu hantar abang dan tunggu abang sampai masuk kelas..ermmm jam 9.45 ibu bergegas pulak ke sekolah abang untuk tunggu abang rehat sampai kul 10.15 pagi..tengahari ibu pegi amik abang balik sekolah kemudian terus hantar ke tadika transit pulak..Ibu terpaksa minta kebenaran Ketua Jabatan ibu untuk mencuri masa menengok anak di sekolah..nasib mereka memaham

Amirul hari pertama sekolah sampailah dah 8 hari bersekolah ini..hari2 menangis..pagi ibu hantar menangis..rehat ibu datang lambat menangis..balik tengahari ibu nak hantar transit pun menangis..ermm letih jugaklah ibu nak memujuknya..tapi itulah cabarannya yang ibu rasakann..

Kadang2 yang tak bestnya bila ibu tengok Amir nangis, air mata ibu pun turut nak mengalir sama..ada satu hari tu bila ibu tengok amir nangis kat tengah kantin tunggu ibu datang agak lewat jugak masa rehat..terus air mata ibu pun nak mengalir..haii lemah sungguh jiwa ibu ini..

Adik Ameera pulak tak jadi masalah..hari pertama je tak mau masuk kelas..malu katanya..siap peluk tiang lagi..tapi mula hari kedua dan seterusnya sangat tidak jadi masalah..turun kereta salam ibu terus masuk sekolah tanpa banyak soal..hari2 balik sekolah dia akan bercerita hal kawan2 baru yang dia baru kenal..ibu tau adik seorang yang berdikari..Alhamdulillah..

Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan bila ibu terkejar2 untuk menengok anak2 ibu bersekolah..minggu lepas jugaklah minggu pendaftaran pelajar baharu di kolej..namun dapat ibu laksanakan kedua2 tugas itu dengan tanpa halangan..tapi terasa jugaklah cabarannya..kalau selama ini dapat ibu makan tengahari ngan kawan2 ibu, tapi kini terpaksa ibu korbankan semua itu demi anak2 dan kerja ibu..harap2 ibu dapat rentak hidup yang baru yang lebih terurus dan tersusun lepas ini..

Itulah kerenah anak2 bersekolah..baru ibu tau rasanya bagaimana..jerih perit, suka duka..namu ibu berdoa setiap hari agar anak2 ibu diberi kekuatan jiwa dan semangat untuk bergaul dengan rakan, untuk berhadapan dengan guru, dan lebih bersemangat untuk belajar..ibu sentiasa doakan anak2 ibu berjaya dalam pelajaran, kerjaya, kehidupan mau di dunia dan di akhirat..Amin..

Moga anak2 ibu menjadi insan yang cerdik pandai, cergas dan cerdas, berjaya dalam hidupnya dunia akhirat serta menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin..

Anak adalah anugerah Illahi yang tiada tolok bandingnya..ia dilahirkan umpama sehelai kain putih yang putih jernih dan suci..bagaimana kehidupannya kelak adalah corak yang diwarnai oleh kedua ibubapanya..anak adalah amanah kepada kedua ibubapanya..kejayaan anak adalah kejayaan kedua ibubapanya..Ibu amat menyayangi anak2 ibu..ibu akan berikan didikan yang terbaik untuk anak2 ibu baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi..InsyaAllah..

Ibu amat sayang anak2 ibu..Amirul Ashraf..Nur Fatin Ameera..cume ibu jugak tertunggu2 bila agaknya ibu akan dikurniakan anak yang ketiga..InsyaAllah..mungkin belum rezeki lagi..

Thursday, November 10, 2011

Saya Bukanlah Yang Terbaik!!

"Mungkin saya bukan orang yang terbaik..tapi saya telah cuba untuk menjadi yang terbaik..saya hanya menjalankan amanah yang digalas dibahu ini..dan saya amat harapkan sokongan dari orang yang mengenali saya..tapi apabila sesuatu keadaan yang berlaku akibat daripada orang lain..kenapa saya yang harus pikul bebanan tersebut..hati saya tak sekuat itu untuk menghadapinya..mungkin telah takdir saya..bahawa saya sebenarnya bukannlah orang yang terbaik untuk memikul tanggungjawab itu..saya sedaya upaya cuba menjaga hati orang2 yang saya kenali..tapi saya sedar..sebenarnya hanya mungkin saya yang sering menjaga hati orang lain..hinggakan hati saya turut terluka.."

Itulah luahan hati seorang insan..yang sentiasa ingin menjaga hati orang disekelilingnya sehinggakan hatinya turut terluka..

Setiap manusia yang diciptakan tiada kesempurnaan yang hakiki..setiapnya mempunyai kelemahan dan kelebihan dalam diri masing-masing..cuma bagaimana kita menggunakan kekuatan yang ada dalam diri kita serta bagaimana kita mempertingkan lagi kelemahan dalam diri adalah bergantung pada kewarasan dan kebijakpandaian pemikiran masing-masing..

Adakalanya kita merasakan diri ini begitu lemah sekali dalam menghadapi sesuatu situasi..sehinggakan kita hampir menyerah kalah walau belum sampai kepenghujungnya..adakalanya kita merasakan bahawa kita begitu kuat untuk menghadapi sesuatu yang datang menimpa kita..sehinggakan kita berjuang habis-habisan hingga ke penghujungnya..

Semua itu adalah kehendak Illahi..setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya..yang kadang-kadang tanpa kita sedari bahawa apa yang kita lalui itu walau perit mahupun manis, mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersendiri..kadangkala apabila telah berlaku barulah kita sedar, apa disebaliknya kejadian itu..

Begitu juga dalam hidup ini..saya telah melalui pelbagai dugaan yang mendatang..baik manis mahupun perit..semua itu saya lalui dengan ketabahan hati ini yang adakalanya saya hampir tewas pada diri sendiri..namun sedaya upaya saya cuba bangun untuk meneruskan juga untuk tempuhi juga dugaan yang mendatang..semoga hati ini menjadi semakin tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang belum tentu dimana penghujungnya..

Saya bukanlah yang terbaik..tetapi saya sentiasa ingin menjadi yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan..hinggakan adakalanya apabila saya terjatuh, lukanya amat mendalam sekali hingga meninggalkan kesan..adakah itu kelemahan saya..mungkin ya..

Namun, minggu ini saya merasakan insan-insan disekeliling saya amat menyayangi diri ini..ini kerana apabila saya menangis, saya mempunyai sahabat yang menangis bersama saya..saya sangat terharu..kerana sahabat ini benar-benar mengganggap saya sahabat..baik susah ataupun senang dan sudi membantu saya walau apa jua yang saya perlukan..Alhamdulillah..

Terima kasih sahabat-sahabat ku..kerana meminjamkan bahu mu untuk ku menangis dan meluahkan segalanya..saya amat hargainya..


~✿ Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri, Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah, Bila menangis tdk siapa yg tahu, Semuanya demi maruah diri..

~✿ Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak, Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan, Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yg sedang diuji oleh-NYA....

~Khas Untuk Sahabat-Sahabat Yang Ku Sayangi~

✿ Sahabat.. Pernah dirimu BERTANYA, di mana BAHAGIA itu berada? dan aku menjawab, bila-bila masa dan ketika Dia memberikannya....

Dan dirimu bertanya lagi, mengapa DERITA itu ada? Aku menjawab kerana bahagia itu MAHAL HARGANYA.. Oleh itu, jadikanlah KEDUKAAN dan KESENGSARAAN yang dirasa sebagai BAYARAN untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan.. Tidak akan ada yang MAMPU mendapatkan MUTIARA tanpa menyelam LAUTAN dalam yang penuh bahaya lalu mengutip tiram TERPILIH didasarnya....

✿ BAHAGIA itu ada di dalam HATIMU andai dirimu mampu MERAIHNYA... (^ _^)

Semoga uolls sentiasa berbahagia SaHabat..

**Kata-kata yang dipinjam dari salah sebuah laman FB..

Friday, October 28, 2011

A Real Friend..


Dikala ini sebenarnya ada terasa kerinduan dekat emak dengan adik-beradik yang jauh di sana..juga kerinduan terhadap arwah abah yang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya..namun disebalik kerinduan ini terselit bermacam-macam perasaan sebenarnya yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata..

Jauh disudut hati ini seperti terasa ada kekosongan..terasa sepi yang membuatkan hati ini terhiris dan sedih..namun disebalik semua itu, saya telah semakin kehilangan seorang rakan yang selama ini saya anggap sebagai 'real friend' bagi saya..entah mengapa dia semakin menjauhkan diri dari saya..entah mengapa dia semakin menyepikan diri dari bertanyakan khabar dan berkongsi cerita kepada saya..entah dimana silapnya saya sendiri pun tak pasti..seingat saya, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menghiris perasaan atau yang menyinggung hatinya..sebaik mungkin saya menjaga tutur kata sewaktu berbicara dengannya..namun dia semakin menyepikan diri..dan adakalanya pesanan dan email yang saya hantar juga tidak dibalas..saya semakin keliru..dimana salah dan silapnya..saya juga telah menghantar pesanan jika saya ada melakukan kesilapan..saya memohon maaf..tetapi tiada juga balasan darinya..

Sahabatku..jika saya ada melakukan kesilapan sepanjang persahabatan ini..saya memohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam..jika ada perbuatan saya atau tutur kata saya yang menjengkelkan..saya juga memohon maaf..tetapi janganlah sahabat berdiam diri begini..dan menjauhkan diri begini..keadaan ini amat merunsingkan hati dan perasaan saya..juga menimbulkan kemusykilan dihati ini..apakah salah silap saya..sebab saya menganggap sahabat sebagai ' A real friend..Is hard to find..difficult to leave and impossible to forget..'..Friend forever..

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah..Ku Bersyukur..


Alhamdulillah..ku bersyukur ke hadrat Mu Illahi kerana dengan limpah kurniaan Mu dapat saya menghadapi rintangan dalam hidup ini..jika sebelum ini saya mengatakan bahawa saya amat sedih dengan keputusan yang saya terima..namun semasa dalam kesedihan tersebut saya mempunyai rakan-rakan dikeliling yang membantu dan mengambil berat akan diri ini..

Namun yang membuatkan saya lebih terharu apabila ada seorang rakan ini yang saya hanya mengenali melalui telefon telah memberikan saya satu keyakinan dan keazaman untuk berjuang sebelum mengalah..dia memberikan saya semangat, sokongan hingga ke akhirnya..walaupun tidak pernah bersua muka..tetapi seolah-olah kami ini adalah sahabat lama yang telah lama berkawan dan mengenali antara satu sama lain..

Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih padanya..kerana di saat saya menemui kebuntuan..dia telah memberikan idea dan cadangan sehinggakan saya berjaya dipanggil untuk di validasi..antara pesannya yang masih saya ingat "U have to look in different thing, then u will see there is another way to tackle the problem..u have to look and think differently when u stuck in something"..yess i will remembered that..

Akhirnya saya berasa puas dan bersyukur kerana saya berjaya untuk berjuang hingga ke akhirnya..selepas ini saya hanya berdoa mudah-mudahan ada rezeki untuk saya..jika ditakdirkan memang tiada rezeki lagi untuk saya, saya tetap berasa puas..kerana saya telah berikan yang terbaik secara keseluruhannya terhadap apa yang saya lakukan dan hasilkan hingga ke akhirnya..namun berkat doa rakan-rakan sekeliling..saya terharu..Syukur padaMu Allah..memberikan saya kekuatan dan rakan yang sering menyokong dan membantu diri ini..Alhamdulillah..