“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Thursday, March 8, 2012

Saya gembira..'pengalaman menjadi lebih dewasa'..

Alangkah indahnya hidup ini apabila sesuatu perkara yang dilaksanakan itu dapat memberikan satu kepuasan dalam hati dan kegembiraan dalam diri..apabila membuat sesuatu perkara yang disukai itu dengan sepenuh hati ia akan menimbulkan satu perasaan kepuasan dalam hati..

Sebagai seorang pendidik, semestinya hati akan berasa sangat gembira apabila melihat kejayaan pelajar-pelajar yang dididik..melihat pencapaian pelajar di dalam kelas, melihat kepada kesungguhan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu, amat menggembirakan hati seorang pendidik..Alhamdulillah pada sesi kali ini mendapat kelas yang dimana pelajar-pelajarnya sangat bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu..melihat kesungguhan pelajar-pelajar saya rasa sungguh terharu..melihatkan komitmen yang diberikan di dalam kelas, konsentrasi yang ditunjukkan oleh pelajar ketika pembelajaran berlangsung, segala gelak ketawa semua dikongsi bersama..

Terdapat juga pelajar yang memberikan komen ' kami suka belajar dalam kelas puan, sangat happening..langsung tak mengantuk..kelas lama-lama pun takpe'..apabila mendengarkan kata-kata sebegitu, saya rasakan amat terharu dan ianya menggamit memori saya ketika saya mula-mula bergelar pendidik dimana suatu ketika dahulu ianya bukanlah bidang pekerjaan yang menjadi pilihan hati..tahun 2005 bermula episod saya sebagai pendidik yang mendidik pelajar-pelajar bukan dikalangan pelajar sekolah..tetapi pelajar yang telah meninggalkan alam persekolahan..yang ada ketikanya terdapat pelajar yang seusia dan lebih berusia..

Pada mulanya memang amat-amat gugup bercakap di depan..dengan mata-mata yang memandang, dengan tiada langsung pengalaman dalam mendidik..namun tekad hati menghadapi apa jua kemungkinan soalan yang akan diajukan pelajar..setiap hari melakukan ulangkaji, membaca kembali dan mencuba latihan-latihan amali yang akan diajarkan kepada pelajar keesokannya..pernah sekali semasa menjalani latihan praktikum Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) di mana penyelia yang datang memantau pembelajaran berlangsung memberikan komen 'tiada unsur kecindan (humor) dalam sesi pembelajaran'..memang diakui dahulunya agak tegas dengan pelajar..bukannya apa semata-mata untuk memastikan agar pelajar-pelajar mendapat ilmu yang ingin disampaikan..dapatlah kiranya dijadikan amalan agar dapat membantu mereka satu hari nanti untuk meningkatkan taraf hidup mereka mahupun bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang ada..akibatnya hubungan dengan pelajar menjadi kurang mesra..


Namun kini, semasa dalam kelas ada sahaja suasa sentiasa ceria, ada sahaja gelak ketawa pelajar-pelajar yang akan didengari dari luar kelas..dan yang penting pelajar mendapat apa yang ingin disampaikan dan pensyarah puas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..kini mungkin benar kata pepatah " Pengalaman mengajar erti kedewasaan dalam mengahadapi kehidupan-kehidupan seharian..pengalaman yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan tauladan"..namun kini segalanya bertambah baik..dan yang pasti kerjaya ini semakin sayang dan dekat di hati, sebati dengan jiwa..semakin banyak pengalaman yang dilalui, semakin kita akan mengerti dan dapat memahami apa yang terbaik yang dinginkan dalam kehidupan ini..

Hidup ini memang indah apatah lagi jika kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik  mungkin..dan akhirnya memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata..semoga Allah sentiasa memberkati setiap tugas yang dilakukan bagi memastikan anak-anak bangsa berjaya secara tidak langsung dapat membantu kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara..

Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina..sesungguhnya menuntut ilmu itu tidak akan habis..terpulang kepada diri untuk mencarinya di mana..terima kasih semua..


Tips Hidup Ini Indah :
1. Guru cemerlang, bangsa gemilang
2. Bekerja hanya untuk Allah..anggap segala tugas dilaksanakan adalah sebagai satu Ibadah
3. Bekerja dengan ikhlas hati, berikanlah yang terbaik
4. Sentiasa bersedia untuk menuntut ilmu bagi menambahkan pengetahuan
5. Hormati orang lain tidak kira dengan siapa kita berurusan..

No comments:

Post a Comment