Dah hampir 2 minggu berehat dari melakukan sebarang tugas berat..atas arahan Doktor..kebelakangan ini banyak dugaan yang mendatang yang menguji kesabaran dan kekuatan hambaNya ini..kalau diikutkan sedih memang terasa kesedihan yang amat sangat..tetapi semuanya harus diterima dengan hati yang redha dan ikhlas jika ini adalah yang terbaik untuk ku..
Mungkin bukan rezeki ku lagi pada kali ini..mungkin ini juga ujian Allah terhadap diri ini yang mungkin ada ketikanya alpa dan leka untuk mengingati Nya..harus mencari jati diri sebenar untuk perbaiki diri ini menjadi insan yang lebih dirahmati Allah dalam hidup ini..
Pesan Dr. dan rakan-rakan..rehatkan diri..rehatkan minda..dari memikirkan sebarang hal perkara atau kerja..memang agak sukar..kerana fikiran ini sukar untuk direhatkan..pelbagai perkara yang berlegar-legar sentiasa yang harus difikirkan..namun selepas ini harus diingat..kesihatan tetap menjadi keutamaan..
Ku sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik..agar dapat meneruskan hidup ini ke jalan yang diredhai..dan jua dimurahkan rezeki ku di atas mukabumi ini..agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala ujian dan dugaan Mu ini..namun ku bersyukur atas segala kurniaan Illahi..Moga ada ganjarannya suatu hari nanti..Aminn..Alhamdulillah..

apa kena cikgu amira yg dah kena rehat sampai 2 minggu..?jangan putus asa cikgu...banyak-banyaklah berdoa.utk mendapatkan keredho'annya...
ReplyDeletehehhee..xde apa2..cume doc suruh berehat..sekarang dah semakin sihat..dah mula bertugas..InsyaAllah..moga2 Allah memberkati setiap yg dilakukan..
ReplyDelete