Pages
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Saturday, July 9, 2011
Suatu Perjalanan..
Terjumpa video ini semasa sedang merehatkan minda daripada bekerja yang memenatkan..Apabila menghayati video ini sangat menyentuh hati dan perasaan..
Betapa agungnya kekuasaan dan ciptaan Allah..suatu perjalanan yang baru bermula..keindahan ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya..
Tetapi yang amat menyentuh perasaan apabila melihat bayi tersebut, entah bila lagi agaknya dapat merasainya keadaan itu..mempunyai bayi yang sangat comel, sihat dan sempurna..InsyaAllah, mungkin belum rezekinya lagi..namun bersyukur kehadrat Mu Illahi kerana telah mengurniakan sepasang anak yang comel dan cerdik pulak tu..
Kepada ibu-ibu di luar sana, hayatilah suatu perjalanan ini, yang baru hendak bermula untuk melihat dunia..sayangilah anak-anak yang telah diamanahkan dan dikurniakan Allah kepada kita..jangan disia-siakan hidupnya kelak..
Friday, July 8, 2011
Pengorbanan Dalam Hidup Ini
Baru selesai handle satu event penting di kolej.. tapi perasaan ini masih tak tenteram lagi..ada lagi satu tugas penting yang mesti diselesaikan..kali ini melibatkan untuk peningkatan diri pulak..due date 12 Julai 2011 (Selasa)..sempat ke rasanya..InsyaAllah sempat..mudah-mudahan Allah permudahkan urusan hidup ini..
Hidup ini adalah satu perjuangan yang kadangkala memerlukan pengorbanan..adakalanya pengorbanan itu terlalu besar untuk dilaksanakan..sampaikan adakalanya sukar untuk membuat keputusan..masa ini lah memerlukan sokongan dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan sekeliling..
Banyak perkara sebenarnya yang perlu dilaksanakan..tanggungjawab yang harus dipikul adakalanya tak tertanggung rasanya..namun semua itu harus dilaksanakan dengan adil..walau apapun yang terjadi kehidupan ini harus diteruskan..perjuangan yang belum selesai..menuntut pengorbanan yang tinggi..
Allah hanya kepadamu ku berserah..permudahkan segala urusanku Ya Allah..lindungilah aku dari segala kejahilan dan kemungkaran..jauhkan dari segala pengkhianatan terhadap diri ini..jadikanlah diri ini kuat dengan semangat yang tekad untuk meneruskan perjuangan dibumi Mu ini..berilah aku kekuatan dan kezaman yang tinggi dalam menempuh liku-liku kehidupan yang belum pasti di mana penghujungnya..
Syukur padaMu Ya Allah atas segala nikmat dan kurniaanMu kepada hamba Mu ini..

Tuesday, June 28, 2011
Motivational Quotes

There's a differences between interest and commitment.
When you're interested to doing something, you do it only when it's convenient.
When you're committed to something, you accept no excuses, only results..
~ Kenneth Blanchard ~
There is no beginning or end to your dreams or plans.
Life is a journey from moment to moment.
Live each moments to each fullest..
~ Gart Catterell ~
Sunday, June 19, 2011
Ragam Rakan-Rakan..
Salah satu hobi atau kesukaan yang sukar dibuang adalah suka memerhati dan membaca karektor orang lain..daripada percakapan mereka, pergaulan mereka, tingkah laku mereka seakan-akan dapat mengagak mereka ini adalah jenis yang macamana..bukanlah untuk mencari kelemahan orang lain, tetapi sekadar untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi..
Yang selalu menjadi mangsa adalah rakan-rakan sekeliling..melalui keadaan-keadaan yang berlaku disekeliling, percanggahan, perbalahan, perselisihan, kemarahan, keegoan..semuanya menyebabkan aku lebih mengenai karektor rakan-rakan disekeliling ku..
Pelbagai ragam dan tingkah laku manusia yang dapat ku perhatikan dan dapat ku pelajari..emm entahlah..rakan-rakan ku pun ada yang pelbagai ragam..ada juga yang suka menunjukkan kemarahannya kepada orang lain..ada yang suka menunjuk-nunjuk akan kerja yang dilakukannya..ada juga yang suka mencari salah dan mempertikaian keputusan orang lain..ada juga yang banyak cakap tapi satu kerja pun tak nak bagi komitmen..ada juga yang hanya mendiamkan..ada juga yang suka menyendiri..ada juga yang bercakap tanpa fikir perasaan orang lain..ada juga yang egois..ada juga yang hanya mementingkan diri sahaja..buat kerja untuk kepentingan diri..manusia dijadikan dengan pelbagai ragam kejadian..emm entahlah kawan..daripada ini semua dapat juga mengambil iktibar supaya janganlah diri ini tergolong dalam ragam-ragam sebegini..
Diharapkan supaya diri ini menjadi insan yang disayangi dan dihormati oleh semua orang..walaupun kadang-kala memang kita faham..tidak semua hati yang dapat kita tawan right..ermm..sekadar untuk mengingati diri ini yang hanya insan kerdil lagi lemah..macam-macam ragam..

Kasih Sayang Anak Kepada Kedua IbuBapanya Yang Telah Tiada
Video ini dikongsikan oleh seorang rakan..yang menceritakan mengenai kesedihan dan kerinduan seorang anak kepada kedua ibubapanya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya..jika dilihat begitu tabah hati anak yang berusia 12 tahun ini menjalani hidup sendirian di sebuah kampung halaman yang terletak di Mongolian..
Walaupun dalam usia yang muda tetapi anak ini seakan mengerti akan kehidupan yang terpaksa dilaluinya tanpa dorongan dan sokongan kedua ibubapanya..jika dilihat orang-orang sekeliling yang melihat akan kedaannya, mendengar akan rintihan hatinya tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir..namun anak ini tetap tabah, menunjukkan ketabahan hatinya dalam mengharungi kehidupan yang belum pasti keadaannya..
Moga-moga anak-anak diluar sana dapat menghayati dan menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibubapa dalam membesarkan anak-anak walau di mana jua mereka berada..yang penting kita yang masih bernyawa ini, hargailah dan sayangilah keluarga dan orang-orang yang menyayangi kita di sekeliling kita ketika ini supaya kita tidak menyesal dan baru hendak menghargai apabila telah kehilangan..
'Belajar menghargai sebelum kehilangan'..
Sedih sangat tengok video nie..huhu..
Selamat Hari Bapa!

Hari ini merupakan sambutan Hari Bapa Sedunia..tidak seperti tahun-tahun yang lepas, bila tiba hari bapa ni mesti ucapkan kat abah..namun tahun ini merupakan tahun pertama tiada ucapan dan hadiah untuk abah tersayang kerana abah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..kalau arwah abah ada mesti abah akan telefon tanya.."Takde hadiah untuk abah ke untuk Hari Bapa ni?"..tulah abah mesti tanya kat anak-anak takde bagi hadiah ke..hehe..masing-masing mesti beli jugak hadiah buat abah walaupun kecik dan murah..Ketiadaan arwah abah memang dirasakan..hilang segala gelak tawa, senda gurau, dan hiruk pikuk semasa arwah abah masih ada..
Namun semua tu hanya tinggal kenangan..kami, mak dan adik-beradik kene teruskan hidup ini walaupun tanpa abah di sisi sebagai pemberi semangat selama ini..tenanglah abah di sana..kami di sini sentiasa mendoakan agar roh abah di tempatkan dikalangan insan-insan yang mukmin..Amin..Al-Fatihah..
Namun ucapan hari bapa ni masih lagi diucapkan untuk suami tersayang..kerana telah menjadi seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab untuk anak-anak dan keluarga..terima kasih untuk segalanya..

Friday, June 17, 2011
Mengajar Membina Laman Blog!

Kenangan mengajar membina laman Blog kepada peserta Kursus 1Malaysia daripada Tunjang, Kedah..Seramai 11 peserta yang hadir pada hari ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia pelbagai latar belakang pendidikan..Kursus yang berlangsung selama 1 hari ini diharapkan dapat memberi input pengetahuan tentang tatacara asas membina blog kepada semua peserta di akhir nanti..
Kepada semua peserta..Selamat belajar membuat blog..Kemaskini blog selalu agar tidak lupa dan agar rakan-rakan dapat mengetahui keadaan terkini diri masing-masing..tq
Kepada semua peserta ; nazrul, zul, yana, wan, faeza, najihah, sauffi, syahirah, syahira, ashira, syafiqah..selamat maju jaya..chaiyok2..
** Tq kerana telah menambahkan bilangan followers saya..huhu
Tuesday, June 14, 2011
Sedih..Sunyi..Kehilangan..

Entah mengapa dirasakan sejak kebelakangan ini seperti hilang fokus dalam melaksanakan tugas seharian..Fikiran seperti ada sesuatu yang difkirkan tetapi tak pasti tentang apa yang difikirkan..Padahal diketika ini tugas-tugas di kolej amat banyak sekali memandangkan ada program yang perlu diuruskan pada Julai ini..
Selalunya apabila melaksanakan tugas-tugas ini saya begitu 'concentrate' sekali..Tetapi kini entahlah saya pun tak pasti tentang apa yang difikirkan..Saya seperti kehilangan 'lost'..Mungkin kerana saya merasakan amat rindu pada arwah abah ku, mungkin juga kerana rasa rindu pada keluarga yang jauh di sana..Ada suatu ketika saya benar-benar memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi rasa isi hati ini..Tetapi ketika ini semua rakan-rakan sibuk dengan tugas masing-masing..
Namun ada seorang sahabat yang sudi mendengar luahan hati ini..Memberikan saya sedikit semangat dan motivasi agar terus fokus dalam kerjaya dan kehidupan ini..Apa sebenarnya yang saya fikirkan?..Saya sendiri tak pasti..Ya Allah berikanlah diri ini petunjuk dan hidayah Mu agar diri ini sentiasa berada dalam keredhaan Mu Ya Allah..Amin..Al-Fatihah untuk arwah abah yang disayangi..
To My Dear Friend,
Thanks for always listening to me, supporting me and encouraging me.
You're a true friend, and I want you to know that how much I love and appreciate.
You're the best!..
Monday, May 9, 2011
Sharing Is Caring!..

Hanging on to bad memories can kill you.
Because they actually destroy your nervous system and
alter your cells.
Scientists have found that if you hold on to negative feelings
and sad emotions or depressing memories there's a
chance that you could reshape the human cell to the point
where your thoughts of the past have a negative impact on
your cells and your physical health..Karim Hajee..
Source From: Prof. Dr. Muhaya (Facebook)..
** Khas ditujukan buat seorang rakan yang sering dihantui oleh kisah silamnya..Hingga menjadikan dia seorang yang hilang fokus dalam kehidupan dan kerjayanya apabila mengenangkan kisahnya yang lalu..Dengan harapan agar rakan ini dapat malupakan kisah lalu yang menghantuinya..Tinggalkanlah semua kisah yang lalu dan mulakanlah kehidupan yang baru yang lebih bermakna..**
Ibu Engkaulah Ratu Hatiku!..

Semalam 08 Mei 2011 adalah merupakan sambutan Hari Ibu Sedunia..Namun terdapat sumber-sumber yang menyatakan Hari Ibu ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kerana sebab-sebab tertentu..
Hari Ibu ini sebenarnya tidak perlu disambut pada hari tertentu sahaja..Ibu sebenarnya patut diraikan setiap hari kerana dengan adanya ibu maka kita dapat melihat dunia ini, kasih sayang ibu jualah yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini sehingga menjadi insan yang berguna..Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya dengan memberikan segalanya yang terbaik dalam memastikan anak-anak ini mendapat kasih sayang, keperluan, pendidikan dan segalanya dengan cukup dan sempurna..Ibu yang tak henti-henti berdoa setiap hari untuk kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan anak-anaknya..Ada pepatah menyatakan; Seorang ibu mampu menjaga dan menyara anaknya yang ramai..namun seorang anak belum tentu mampu untuk menyara dan memberikan kasih sayang yang sempurna kepada seorang ibunya..Adakah kita tergolong dalam golongan anak yang sedemikian rupa..yang mudah lupa akan pengorbanan dan kasih sayang ibu dalam melahirkan dan membesarkan kita hingga ke hari ini..
Tanyalah dalam diri kita pada hari ini..Adakah ada sedetik masa yang kita pernah mengguris hati dan perasaan ibu..Adakah pernah kita melepaskan kemarahan dan melemparkan kata-kata kesat kepada ibu..Adakah kita pernah menghargai jasa dan pengorbanan ibu..Ibu tak pernah minta semua yang diberikan selama ini untuk dibalas..Namun sebagai anak yang telah dewasa dan berjaya selamilah hati ibu..Bukan wang ringgit,kemewahan yang diminta tetapi ingatan kita terhadap ibu yang sering diharapkan..
Buat Mak..
Kak Lang amat bersyukur kerana dengan adanya mak dan abah dapat kak lang melihat dunia yang fana ini..Dapat kak lang merasai kehidupan ini..Dengan berkat dan doa mak jualah kak lang berjaya hingga ke hari ini..Walaupun kak lang duduk jauh dari mak, kami selalu ingatkan mak..Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan serta kejayaan kami sekeluarga disini mak..Terima kasih atas segalanya..Tak terbalas rasanya pengorbanan mak selama ini membesarkan kami adik-beradik..Walaupun abah dah tiada pergi meninggalkan kita semua buat selamanya, kak lang harap agar mak sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang ini mak..Kak Lang sayang mak!..Walau dimana jua mak berada..
Subscribe to:
Posts (Atom)