“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Tuesday, June 14, 2011

Sedih..Sunyi..Kehilangan..


Entah mengapa dirasakan sejak kebelakangan ini seperti hilang fokus dalam melaksanakan tugas seharian..Fikiran seperti ada sesuatu yang difkirkan tetapi tak pasti tentang apa yang difikirkan..Padahal diketika ini tugas-tugas di kolej amat banyak sekali memandangkan ada program yang perlu diuruskan pada Julai ini..

Selalunya apabila melaksanakan tugas-tugas ini saya begitu 'concentrate' sekali..Tetapi kini entahlah saya pun tak pasti tentang apa yang difikirkan..Saya seperti kehilangan 'lost'..Mungkin kerana saya merasakan amat rindu pada arwah abah ku, mungkin juga kerana rasa rindu pada keluarga yang jauh di sana..Ada suatu ketika saya benar-benar memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi rasa isi hati ini..Tetapi ketika ini semua rakan-rakan sibuk dengan tugas masing-masing..

Namun ada seorang sahabat yang sudi mendengar luahan hati ini..Memberikan saya sedikit semangat dan motivasi agar terus fokus dalam kerjaya dan kehidupan ini..Apa sebenarnya yang saya fikirkan?..Saya sendiri tak pasti..Ya Allah berikanlah diri ini petunjuk dan hidayah Mu agar diri ini sentiasa berada dalam keredhaan Mu Ya Allah..Amin..Al-Fatihah untuk arwah abah yang disayangi..


To My Dear Friend,
Thanks for always listening to me, supporting me and encouraging me.
You're a true friend, and I want you to know that how much I love and appreciate.
You're the best!..

No comments:

Post a Comment