Ketika ini rasa rindu sangat kat keluarga di KL tu..especially kat mak..dan dgn adik-adik sume..dalam ramai2 ni akulah yang duduk paling jauh sekali ngan mak..adik2 sume duduk dekat ngan mak..namun aku redha..rezeki dah ditakdirkan di sini..Alhamdulillah..
Nasib masa tahun lepas, sebelum arwah abah pergi meninggalkan kami, sempat jumpa dan mohon maaf kat arwah abah..mohon diampunkan semua dosa yang dilakukan..mohon dihalalkan semua yang telah diberi selama membesarkan aku dari dilahirkan hinggalah dewasa ini..
Masih lagi aku ingat masa mula2 arwah abah hantar aku dapat masuk ke Universiti..senyum je memanjang..sanggup tunggu sampai petang tu sampai aku habis aktiviti pada hari tu..setiap hujung minggu kalau aku tak balik rumah, mesti arwah abah datang singgah jenguk aku kat asrama..bawak mcm2 makanan sebagai bekalan untuk seminggu..semuanya masih berlegar2 dimemori ini..namun semua tu hanya seketika..yang pergi tetap pergi meninggalkan kita yang masih bernafas di bumi ini untuk meneruskan kehidupan..
Semoga arwah abah tenang di sana..dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan yang mukmin..Al-Fatihah..



