“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Thursday, April 12, 2012

..Bermula Dengan Sebuah Kisah..

Rakan-rakan sebenarnya jauh di sudut hati ini saya menyimpan satu impian ingin menjadi seorang penulis suatu hari nanti..samada menulis karya sebuah novel atau hanya cerita-cerita ringkas yang saya lalui setiap hari yang dapat diadaptasikan menjadi sebuah novel kehidupan yang menarik..saya berharap agar suatu hari nanti impian saya ini akan menjadi kenyataan..mohon rakan-rakan semua doakan untuk saya ye..


Saya mulakan dengan sebuah kisah ini..

Hari ini seperti biasa saya datang ke pejabat dengan pelbagai tugas yang bermain difikiran untuk diselesaikan..seperti biasa selepas 'thumprint' saya akan terus masuk ke pejabat untuk melihat di 'peagen hole' jika ada surat-surat atau memo yang penting yang perlu diambil perhatian..ermm tiada apa pun di 'peagen hole' saya..dan selepas itu saya akan terus pergi ke gerai di sebelah bangunan pejabat untuk membeli sarapan pagi..kebiasaannya saya akan membawa bekal dari rumah..ini kerana permintaan dari anak sulung saya untuk membawa bekal ke sekolah..ada lebihan makan yang disediakan saya pun membawa bekal ke pejabat..tetapi walaupun ada bekal saya tetap akan ke gerai 'abg die' untuk membeli air minuman sambil-sambil tu sebenarnya untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain juga..masa ini je yang dapat berjumpa dengan kawan-kawan lain untuk bertanya khabar atau 'say hai'..

Tapi saya jarang makan di kedai 'abg die'..selalunya bungkus dan makan di atas ' pantry'..sebab hendak makan bersama 'bestfriend' yang lebih suka makan kat atas sebab ada 'aircond' katanya..haii lah macam-macam kawan-kawan ni..saya pun ikutkan aje..kawan punya pasal kan..

Seminggu dua ini memang sibuk sebab saya menjadi penyelaras untuk Majlis Konvokesyen para pelajar untuk Negeri Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang..saya gembira dengan tugas baru ini..

Sedang saya makan bersama-sama rakan yang biasa, ada seorang rakan ini membisikkan sesuatu di telinga saya.."Akak saya ada cerita nak bagitau akak ni..tapi nanti akak jangan marah pulak sebab ada melibatkan akak juga..sat lagi saya cerita ye"..ermm mendengarkannya mulalah saya merasa cuak..alamak cerita apa pulak ni..kenapa saya pulak yang terlibat..bila hanya tinggal saya dan rakan saya bertiga, maka rakan saya tu pun bercerita.."Akak jangan marah ye..sebenarnya selama ini En. AA banyak memberi arahan kerja dan banyak berbincang berkaitan hal program kepada saya..sedangkan saya rasa akak yang patut tahu segalanya tentang program sebab akak sebagai penolong dia"..ermm saya terdiam sejenak..saya katakan kepadanya "Takpelah Ai..nak buat macamana dia lebih percaya awak daripada saya agaknya..tapi untuk pengetahuan awak..bukan saya tak bertindak..dari mula lagi saya asyik bertanya kepada dia..apa tugas saya..berilah arahan kepada saya untuk membantu laksanakan tugas..malahan ada ketikanya saya berikan pendapat dan cadangan terus ditolak mentah-mentah cadangan saya..katanya dia dah ada perancangan lain..tapi dia tak bincang pun dengan saya..saya kecewa juga awal-awal tu..sampai saya bertanya dengan kj, dan saya katakan jika dia tidak mahu saya membantu dia, cariklah orang lain, keluarkan saya dari senarai dia..sebab saya rasakan umpama 'gantung tak bertali'..saya hendak berbuat apa pun serba tidak menjadi..semuanya disekat"..

Ermm memang saya agak kecewa dengan sikap En. AA tu..tapi cuma saya tidak mau memanjangkan hal dan bagi saya terserah kepada pengurusan..jika dia memang dah tidak mahukan saya lagi membantu dia..tolong keluarkan nama saya..supaya mudah untuk saya menyerah diri untuk melakukan tugas-tugas yang lain pula..ermm entahlah..ada ketikanya memang jika saya renung-renungkan kembali..apalah agaknya yang 'dia' tak berpuashati dengan saya..kenapalah dia membelakangkan saya dalam segala hal..apakah salah dan silap saya..setahu saya, saya tidak pernah pula menyakitkan hatinya..

Cuma saya berdoa..'Berikanlah saya kekuatan hati dan jiwa dalam berhadapan dengan rakan-rakan sebegini di sekeliling saya'..saya akan terus bersabar dengan kerenahnya..cuma saya takut jika tahap kesabaran saya semakin berkurangan dan semakin menipis..cuma saya berkata pada rakan saya "Ermm biarkanlah dia..bagi saya semua itu hanya di dunia..tiada apa yang perlu saya khuatirkan..cuma saya mohon untuk diberikan kesabaran kepada diri ini"..rakan yang lain hanya diam mendengarkan kata-kata saya itu..tapi jauh di sudut hati..saya memang rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku..adakalanya air mata saya bergenang..sebab pada diri saya..saya tahu sebaik mungkin, seboleh mungkin saya cuba untuk memudahkan orang lain..cuba berbuat baik kepada semua orang disekeliling saya..tapi jika ini adalah dugaan yang perlu saya hadapi..saya cuba untuk hadapinya dengan tenang dan sabar..moga ada cahaya kebahgiaan di hujungnya..

Kepada rakan saya Ai..terima kasih saya ucapkan kerana memberitahu perkara ini..kerana berterus terang dengan saya..dan saya paham rakan saya ikhlas untuk memberitahu perkara ini..biarlah masa yang menentukan..buat masa ini saya hanya tumpukan terhadap tugas-tugas yang diberikan secara 'ad-hoc'..namun saya gembira kerana saya diberi peluang untuk melaksanakannya dengan cara saya sendiri..mungkin itulah tahap kepercayaan bahagian pengurusan terhadap kerja yang saya laksanakan..selebihnya biarkanlah..semua tu hanya rencah-rencah untuk menyedapkan lagi laluan kehidupan saya setiap hari agar lebih berperisa..

"Setiap yang berlaku di sekeliling kita setiap hari..ada pengajaran dan ada pelajarannya tersendiri..terpulang kepada kita untuk terima ia sebagai suatu yang positif atau suatu yang negatif..namun yang pasti tiada apa yang dimiliki kini menjadi hak milik kekal..semuanya hanyalah sementara..pinjaman semata-mata..sikap angkuh dan meninggi diri itu bukanlah suatu yang baik kerana ada yang lebih tinggi daripada kita..yang sentiasa memerhatikan kita dan maha mengetahui segalanya..jika kita rasakan apa yang kita ada ini telah cukup dan lebih daripada orang lain..ubahlah persepsi tersebut..kerana tiada apa yang lebih mengetahui melainkan Dia di sana..moga-moga kita semua akan menjadi insan yang lebih cemerlang dan gemilang..serta mendapat rahmat dan kebahgiaan kehidupan baik untuk ukhrawi mahupun duniawai"..

~saya gembira~..

4 comments:

  1. Kadang2 kita ni badut kan. Heeee. Terpaksa menggembirakn org lain. Tp jauh di sudut hati kita saja yg tau

    ReplyDelete
  2. Ermm entahlah..begitulh selagi kita bernama manusia..ada saje yg kita buat kadangkala tanpa kita sedari ia nya menyakitkan hati org lain..cuma sbg manusia kita kene selalu berbaik sangka..jgn mudah untk mendabik dada dgn apa yg kita ada..

    ReplyDelete
  3. bila slalu da bersangka baik ada plak nk ambik kesempatan

    ReplyDelete
  4. hehhee..kadangkalanya betul tu..memang akan ada orang yang amik kesempatan..takpe amie..setiap yang getar menahan sabar itu pastu ada ganjaran dariNya..mudah2an dipermudahkan setiap urusan kita..amin

    ReplyDelete