“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..

Monday, August 8, 2011

Luka Yang Mendalam..


Semalam berlakunya satu keadaan dimana ianya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa ini..Perkara ini berlaku mungkin kerana kekhilafan pada diri ini juga..Yang sering mengharapkan pada sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku..

Kekecewaan yang dirasakan amat menghiris hati ini..Kesedihan yang dirasai hanya diri ini yang mengerti..Bagaimana ianya meninggalkan kesan yang mendalam pada diri ini..Namun segala adalah ketentuan Illahi..Apalah dayaku hendak mengubah takdir yang telah ditentukan untuk diri ini..

Namun, adakah aku boleh kembali seperti sediakala seperti sebelum ini?..Mungkin secara luarannya kesedihan dan keperitan ini tidak dipamerkan..Namun jauh didasar hati ini hanya Allah yang mengetahui apa yang ku fikirkan dan apa yang ku rasai pada ketika ini..

Benarkah kata orang.."A Real Friend Is Hard To Find, Difficult To Leave And Impossible To Forget"...tapi..kalau yang menyebabkan keadaan kita begini adalah a real friend tu..apa yang harus kita lakukan?..

Semoga selepas ini akan kembali seperti sediakala..Berikanlah kekuatan pada diri ini untuk menghadapi perkara ini dan untuk meneruskan kehidupan ini yang belum tahu dimana akhirnya..

"Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya"..

Sama2 hayati..
Munajat Keampunan - Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura (dgn terjemahan)

No comments:

Post a Comment