Lagu ini mengingatkan kepada seorang sahabat yang telah kembali kerahmatullah pada Disember 2010 yang lalu semasa melahirkan anak yang pertama..
Kejadian yang tidak terduga ini menuntut kesabaran dan keredhaan daripada ahli keluarga arwah termasuk kami sahabat yang paling akrab..
Kehilangan mu amat dirasai, namun segalanya telah ditakdirkan oleh yang Maha Esa..moga di sana rohmu ditempatkan bersama para solehin..moga amanlah dan bahagialah dikau disana..sedih rasanya hati ini bila mengenangkan..kau sahabat ku kau teman sejati..
Al-Fatihah buat arwah Siti Fairuz Munirah Binti Salaudin..
Pages
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Friday, July 22, 2011
Setanggi Syurga..
Entah mengapa sejak kebelakangan ini suka sangat mendengar lagu ini..setiap bait-bait perkataan memberi makna yang tersirat dan tersurat..semoga diri ini semakin dekat padaNya..
Monday, July 18, 2011
Berakhirnya Satu Episod..
Alhamdulillah..berkat kesabaran dan ketekunan dalam menyiapkan folio..akhirnya berjaya juga menyiapkan folio kenaikan ni dalam masa yang ditetapkan walaupun masanya agak tidak sesuai sebab tersangat sibuk dengan tugas hakiki dan dengan tempoh masa yang terhad..
Lepas ni kene bersedia untuk di validasi pulak..dengar kata lepas raya nanti..tapi belum pasti lagi..cuma memang kene bersedia lebih awal supaya benar-benar bersedia bila time validasi nanti..kategori permohonan yang diminta ni kategori 3 iaitu kategori pengurusan berbanding dengan rakan-rakan lain kategori 1 pensyarah..
Walaupun ramai yang kata kategori 3 ni ramai yang tak berjaya, namun cuba buat yang terbaik..lengkapkan dengan apa yang diminta..moga2 ada kejayaan di akhirnya nanti..InsyaAllah jika ada rezekinya..
Mula2 hanya guna file 45mm tapi last2 kene guna file 65mm..punyalah tebal file nye..kalau ikutkan hati sume nak dihantar untuk semakan panel kesepakaran..sampai kene perli dengan rakan2..tapi xpe moga2 ada keberkatan dan kejayaan diakhirnya..Amin..

Friday, July 15, 2011
Suatu Perjalanan Yang Panjang..

Hari ini genap 10 hari aku berhempas pulas untuk menyiapkan folio untuk permohonan kenaikan pangkat..ianya bukanlah mudah seperti yang disangkakan..adakalanya hampir2 nak mengalah dipertengahan jalan..namun kugagahi jua untuk meneruskan perjuangan ini..
Setakat ini dah hampir 85% siap..hari Ahad ni dah kene submit kat admin untuk disemak semula..aku hanya bertawal kepada Allah selepas semua usaha yang telah aku lakukan selama ini..jika ada rezeki InsyaAllah..namun jika belum rezekinya aku pasrah dengan segala ketentuan..
Banyak yang terpaksa aku korbankan demi untuk menyiapkan folio ini..sebab bagi aku apa yang penting aku akan buat dan beri yang terbaik..itu prinsip aku dalam membuat sesuatu kerja..tidur yang tak menentu, makan pun tak menentu..kadang kala terus hilang selera nak makan..emm semuanya penangan folio nie..tak pernah2 datang ofis waktu malam..tapi punyalah nak menyiapkan folio ni dah berapa kali datang kolej waktu malam..kelakar pun ada..
Tapi yang tak berapa bestnya.. ada rakan yang seakan iri hati bila aku suarakan hendak memohon kenaikan ini..yang seakan nak menjatuhkan pun ada walaupun time2 ni aku memerlukan sokongan dari rakan-rakan jua..emm entahlah..bagi aku semua tu rezeki Allah yang telah ditentukan..aku hanya berusaha+berdoa+bertawakal=InsyaAllah ada kejayaan..
Buat rakan-rakan yang sama-sama memohon kenaikan ini..semoga maju jaya..all the best to uolls..buat amy, amile, en. kiwa, radzuan, aqmam, ros, kak az, kak sue, kak nani, kak ann, salleh, apit and shahreen..gee, ct husoo, wizni, nasrul, padhil..semoga kejayaan bersama kita..Amin.
"Jangan direnung letihnya usaha..tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"..
Saturday, July 9, 2011
Suatu Kehilangan..
Semalam [8 Julai 2011]..genap setahun kembalinya arwah abah ke rahmatullah..kesedihan terhadap kehilangan masih lagi dirasai..semuanya pantas berlalu..namun yang tinggal hanya kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..hanya doa yang mampu dikirimkan buat arwah abah yang tersayang..semoga kami sentiasa tabah menghadapi dan mengharungi dugaan yang mendatang pada hari-hari esok..Al-Fatihah..
Ketika ini rasa rindu sangat kat keluarga di KL tu..especially kat mak..dan dgn adik-adik sume..dalam ramai2 ni akulah yang duduk paling jauh sekali ngan mak..adik2 sume duduk dekat ngan mak..namun aku redha..rezeki dah ditakdirkan di sini..Alhamdulillah..
Nasib masa tahun lepas, sebelum arwah abah pergi meninggalkan kami, sempat jumpa dan mohon maaf kat arwah abah..mohon diampunkan semua dosa yang dilakukan..mohon dihalalkan semua yang telah diberi selama membesarkan aku dari dilahirkan hinggalah dewasa ini..
Masih lagi aku ingat masa mula2 arwah abah hantar aku dapat masuk ke Universiti..senyum je memanjang..sanggup tunggu sampai petang tu sampai aku habis aktiviti pada hari tu..setiap hujung minggu kalau aku tak balik rumah, mesti arwah abah datang singgah jenguk aku kat asrama..bawak mcm2 makanan sebagai bekalan untuk seminggu..semuanya masih berlegar2 dimemori ini..namun semua tu hanya seketika..yang pergi tetap pergi meninggalkan kita yang masih bernafas di bumi ini untuk meneruskan kehidupan..
Semoga arwah abah tenang di sana..dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan yang mukmin..Al-Fatihah..

Subscribe to:
Posts (Atom)